saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 12/11/2000

Peluang berbuka puasa dengan Chef Wan

Demi memenuhi hasrat ini, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuwan Ismail akan mengetuai sekali gus menyediakan juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan ini di Restoran Paya Serai, Hotel Hilton, Petaling Jaya.

pengacara popular program masakan Cita rasa Sedunia Gas Petronas ini bakal 'memeriahkan' majlis berbuka puasa dan selera para pengunjung dengan pelbagai menu istimewa pilihan beliau bermula 6 hingga 13 Disember ini.

Pengurus Perhubungan Awam, Hotel Hilton PJ, Adlina Borhan dalam satu sidang akhbar baru-baru ini berkata, pemilihan Chef Wan untuk menyediakan menu istimewa kepada para pengunjung restoran ini pada majlis berbuka puasa sebagai satu kelainan pada tahun-tahun sebelumnya.

"Selain itu, kita semua maklum bahawa 'celoteh' Chef Wan ini mampu memeriahkan suasana majlis berbuka puasa dan memberi kepuasan kepada pengunjung-pengunjung restoran ini,'' katanya.

Majlis yang julung kali diadakan ini akan menampilkan beberapa menu istimewa pilihan Chef Wan sendiri di samping dibantu oleh Ketua Dapur Melayu, Hilton PJ, Chef Zaliha Asmael.

Antara menu istimewa yang bakal memenuhi cita rasa pengunjung ialah kerabu udang dan mangga muda kerabu ikan kembung, kerabu pucuk paku dan udang nyonya, umai ikan, nasi ulam, sambal tumis petani, rendang tok, ayam kashmiri, sotong masak lemak cili padi, rendang kerang, laksa melaka dan pelbagai lagi.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati hidangan istimewa yang disediakan oleh chef seperti mi mamak, ayam tandoori, makaroni goreng, roti canai, martabak dan sebagainya.

Tidak ketinggalan pelbagai kuih-muih seperti apam balik, putu piring, ais kacang dan shawarma.

Untuk melengkapkan hidangan berbuka puasa pencuci mulut seperti jala mas, pengat pisang, ketayap, koci pulut hitam, onde-onde, tepung talam, asam gumpal, tapai ubi, puteri mandi dan juga buah-buahan juga dihidangkan.

Sambil menjamu selera, para pengunjung berpeluang mendapatkan resipi-resipi masakan istimewa dari buku masakan kedua Chef Wan, Simply Sedap.

Sementara itu, Chef Wan memberitahu pembabitannya ini selain sebagai peluang untuk bersua muka dengan para peminat, dia juga dapat menjalankan kerja amal.

"Keuntungan yang diperoleh hasil penjualan buku ini akan diserahkan kepada badan amal hotel ini,'' katanya yang turut membintangi filem Soal Hati.

Dalam majlis yang serba ringkas itu, Chef Wan juga sempat menyediakan ayam cous-cous, iaitu salah satu resipi istimewa dari Timur Tengah.

Menurut Chef Wan, dengan 180 resipi masakan seperti salad, sup, nasi, ayam, bubur, daging dan sebagainya yang terkandung dalam buku tersebut, dijangka sebanyak 400 hingga 500 buah buku terjual.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menikmati juadah istimewa Chef Wan hanya dikenakan bayaran RM49 nett untuk orang dewasa dan RM28 nett untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah akan dikenakan.

Pada masa yang sama, mereka yang ingin berbuka secara berkumpulan yang mengandungi sekurang-kurangnya 50 orang ditawarkan pakej istimewa Ramadan dengan pilihan harga RM50 nett, RM56 nett dan RM62 nett setiap seorang.

Malah, pengunjung juga boleh memilih empat set menu yang berharga antara RM500 hingga RM700 nett setiap satu meja untuk 10 orang dengan menghubungi talian 03-79559122 sambungan 4060 atau 4124.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.