saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/11/2000

Artis-artis EMI dan Positive Tone tunjuk kehebatan

Justeru, tidak hairanlah Kuala Lumpur menjadi tempat pilihan Persidangan EMI Music Asia yang berlangsung sepanjang minggu lalu.

Seramai 180 delegasi mewakili 17 negara berkampung di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur, untuk berkongsi idea dan pandangan bagi memajukan industri muzik di rantau ini.

EMI Music (M) Sdn. Bhd. selaku tuan rumah yang diketuai oleh Pengarah Urusannya, Darren Choy pula telah menyediakan pelbagai hidangan istimewa bagi 'menjamu mata dan selera' para delegasi luar.

Antara yang menjadi subjek dan fokus ketika berlangsungnya persidangan itu ialah persembahan artis-artis EMI dan Positive Tone.

Darren serta tenaga kerja EMI boleh berbangga kerana mereka mempunyai barisan artis yang tidak kurang hebat dan setanding dengan bintang-bintang antarabangsa.

Dua malam berturut-turut EMI menawarkan dua bentuk persembahan istimewa.

Pada malam pertama yang berlangsung pada Ahad lalu, barisan bintang ternama EMI seperti Sharifah Aini, Syafinaz, Fauziah Latiff serta Ella telah memberikan persembahan yang cukup menarik.

Irama Melayu yang ditampilkan oleh bintang-bintang ini membuka perhatian delegasi yang sebilangan besar terdiri daripada aktivis muzik dari Eropah.

Kelunakan suara emas Sharifah Aini mendendangkan lagu Nurul Ein, Resah Bersalam dan I Need To Know sudah cukup membuatkan ramai delegasi yang 'terlopong mulut'.

Manakala Syafinaz pula memukau perhatian delegasi kerana kelincahan dan kehebatannya mempamerkan vokal yang mantap selain persembahan bertenaga.

Tidak ketinggalan memberikan persembahan bertenaga ialah Fauziah Latiff dan Ella.

EMI turut membawa kumpulan dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) yang hadir untuk mempromosikan album terbaru mereka.

Kumpulan ini juga mendendangkan secara medley lagu-lagu popular mereka.

Tiada banyak keistimewaan yang boleh diperkatakan mengenai kumpulan ini kerana MLTR kelihatan sama seperti pada awal kemunculan mereka.

Pada malam kedua pula, syarikat rakaman Positive Tone mengambil alih tanggungjawab membariskan artis-artis muda dan berkaliber yang bernaung di bawah bumbung syarikat itu.

Mungkin orang luar tidak menyangka bahawa Malaysia sebenarnya sudah mampu untuk melahirkan artis-artis Melayu dan bukan Melayu yang mempunyai kualiti setanding dengan mereka.

Ini dapat dilihat dalam persembahan Too Phat, Poetic Ammo dan Deanna Yusof pada malam kedua itu.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga kerana taraf persembahan mereka sebenarnya sudah hampir menyamai persembahan bintang-bintang antarabangsa.

Too Phat dengan lagu Anak Ayam dan Bla Bla cukup menghiburkan. Deanna pula ketika menyampaikan lagu Queen membuatkan ramai orang yang jatuh cinta padanya.

Demikian juga Poetic Ammo, Juliet The Orange, Reefa, Ferhad, Discomafia dan John's Mistress, semuanya hebat-hebat belaka dan perlu ditonjolkan sewajarnya.

Jadi, apakah persidangan itu akan membuka langkah dan lembaran baru buat artis tempatan untuk mudah mendapat laluan mencipta nama di negara luar?

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMI Music Asia, Matthew Allison, pihaknya akan berusaha mengetengahkan album Inggeris penyanyi-penyanyi Asia ke peringkat yang lebih global.

"Saya sudah mendengar album artis-artis Positive Tone dan nyata mereka mempunyai potensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih luas,'' katanya.

Album Inggeris, kata Matthew, adalah suatu keperluan bagi penyanyi di mana-mana rantau untuk memecah tembok pasaran muzik negara lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.