saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 23/11/2000

Bapa anggap bayaran berkhatan tinggi di klinik kesihatan

Saudara Pengarang,
BARU-BARU ini saya telah menghantar dua orang anak saya berkhatan di Klinik Kesihatan Nenasi. Pada hari itu dan hari sebelumnya saya dapati ramai lagi kanak-kanak lelaki yang dibawa penjaga masing-masing untuk berkhatan. Setiap seorang dikenakan bayaran RM40.

Bayaran RM40 seorang bagi saya yang berpendapatan rendah dan tidak menentu (kerja kampung) adalah amat tinggi. Pada hari itu saja saya telah membayar RM80 untuk dua orang anak saya. Di mana letaknya hasrat Kementerian Kesihatan hendak membantu golongan miskin? Kalaulah bayaran yang dikenakan ini hampir sama sebagaimana yang dikenakan oleh klinik swasta, di mana lagi rakyat yang susah hendak bergantung?

Saya ingin tahu RM40 yang dikenakan ini untuk apa sedangkan peralatan yang digunakan adalah bercop ''Hak Kerajaan'' belaka. Atau adakah ia elaun untuk kakitangan yang melakukan kerja khatan ini? Tetapi kerja ini dilaksanakan pada masa bertugas waktu pejabat (8 pagi hingga 4 petang hari bekerja) sedangkan mereka telah mendapat gaji pada setiap hujung bulan.

Satu lagi yang saya dan orang ramai tidak puas hati ialah bayaran yang dikenakan tidak dikeluarkan ''resit rasmi'' Kementerian Kesihatan. Setahu saya setiap bayaran yang dikenakan oleh pihak kerajaan lebih-lebih lagi Kementerian Kesihatan sendiri, ada resitnya. Termasuklah kalau cabut gigi sebatang pun walau hanya bayaran yang dikenakan RM1 sahaja ada resit rasminya. - BAPA RAMAI ANAK LELAKI, Pekan, Pahang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.