saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/11/2000

Feminin tidak berpecah


KUMPULAN FEMININ.


Populariti lagu Untukmu telah meletakkan Feminin sebagai satu-satunya kumpulan artis wanita yang popular dalam industri hiburan tempatan ketika itu.

Malah Feminin meninggalkan pengaruh yang bukannya sedikit kepada generasi remaja 90-an terutamanya melalui imej mereka yang ceria, ringkas dan adakalanya agak berani dalam soal pakaian.

Feminin mencatat kejayaan membanggakan apabila album Untukmu terjual melebihi 150,000 unit. Album kedua mereka, Kini terjual menghampiri angka 100,000 unit dan terus meletakkan Feminin sebagai kumpulan yang tidak mampu ditandingi oleh kumpulan penyanyi remaja ketika itu.

Bagaimanapun hari ini Feminin tidak lagi berada di takhta. Sikap syarikat rakaman berterusan menangguh pembikinan album baru memberi tamparan hebat kepada kumpulan ini.

Selepas tinggal bertiga iaitu As, Watie dan Yati, nama Feminin juga semakin tenggelam. Kemunculan terbaru Feminin ialah semasa Anugerah Bintang Popular di Sunway Lagoon baru-baru ini.

Bagaimanapun setiap anggota kumpulan ini tidak pernah menyesal dengan keadaan yang berlaku hari ini.

"Feminin masih bersama. Mereka tidak pernah berpecah atau menukar anggota kumpulan walaupun tawaran persembahan semakin berkurangan,'' jelas pengurus kumpulan berkenaan, Edd.

Menurut Edd, Feminin masih mempunyai kontrak dua buah album dengan syarikat rakaman Warner Music tetapi sehingga kini mereka tidak menerima sebarang berita mengenai perkara tersebut.

"Ini menyebabkan Feminin serba salah. Hendak berpindah ke syarikat lain, kontrak album dengan Warner Music masih ada. Hendak terus menanti, tidak ada sebarang petanda album baru,'' kata Edd. Kekecewaan ini menyebabkan anggota Feminin terpaksa memendam rasa dan memilih untuk berdiam diri.

Sikap syarikat rakaman yang mudah 'menggantung' artis dalam keadaan seperti ini menyebabkan mereka akan lebih berhati-hati untuk mengikat janji dengan pihak lain selepas ini.

Menurut Edd, hampir tiga tahun menyepikan diri banyak pengajaran yang diperolehi oleh setiap anggota kumpulan berkenaan.

Jelas Edd, yang berlaku kepada Feminin hari ini juga wajar dijadikan iktibar orang lain yang ingin menceburi dunia seni.

"Jangan sampai kita terus menjadi mangsa keadaan, "jelas Edd lagi.

Bagaimanapun menurut Edd, untuk tahun 2001 dia sudah mempunyai perancangan untuk membolehkan Feminin bernafas semula.

Mereka akan berusaha untuk mencari syarikat rakaman baru kerana yakin pengaruh dalam industri masih kuat.

"Kami akan memilih syarikat rakaman yang benar-benar mahu membantu Feminin meneruskan populariti,'' jelas Edd lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.