saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/11/2000

Betcy...juara Teen Star 2000

Betcy, 18, membawa pulang RM3,000 berserta trofi dan sijil.

Dua beradik, Debbie Lim, 14, dan abangnya Eric, 18, pula memenangi tempat kedua dan ketiga.

Mereka membawa pulang RM2,000 dan RM1,000 serta sebuah trofi masing-masing. Lima lagi peserta peringkat akhir membawa pulang RM500.

Pertandingan Teen Star mengenakan syarat agar pesertanya menyanyikan lagu dalam bahasa Inggeris serta berumur antara 13 hingga 18 tahun.

Menjadi usaha stesen RTM untuk mencungkil bakat muda agar mereka mempunyai masa yang panjang untuk merintis kejayaan memberangsangkan.

Teen Star menggantikan siri pertandingan nyanyian anjuran TV2 iaitu Golden Teen Search dan Bintang Gala 2.

Pertandingan itu telah melahirkan banyak penyanyi popular seperti Liza Hanim, Dayang Norfaizah, Nurfatimah, Asha Malik dan Noorhaida.

Betcy yang membawakan lagu nyanyian Ruth Sahanaya, This Time I'll Be Sweeter iaitu lagu yang membawakan kejuaraan kepada Nurfatimah dalam Bintang Gala 2 tahun lalu.

"Saya memilih lagu itu kerana ia sukar dibawakan kerana tidak mempunyai banyak melodi,'' kata Betcy.

Ditanya mengenai perancangannya, kata Betcy, dia belum bercadang untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni pada masa terdekat ini kerana mahu menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

"Sekiranya ada tawaran untuk merakamkan album, saya akan menimbangkannya,'' jelasnya yang bersuara besar itu.

Dia juga menganggap, usaha RTM mengadakan pertandingan sedemikian sebagai satu perkembangan sihat untuk membentuk bakat baru dalam bidang muzik.

"Dengan adanya pertandingan ini, remaja akan mendapat satu saluran untuk mengetengahkan bakat mereka,'' katanya lagi.

Eric dan Debbie pula mendapat tunjuk ajar daripada kedua ibu bapanya yang juga meminati bidang muzik.

"Ibu bapa saya memang menggalakkan kami, malah turut mengajar kami menyanyi dengan baik,'' kata Debbie.

Eric dan Debbie sering menyertai pertandingan nyanyian. Dia mengakui adiknya selalu mengatasinya dalam mana-mana pertandingan.

Mereka juga menyimpan cita-cita untuk menjadi artis rakaman suatu hari nanti.

"Saya juga boleh menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin dan Melayu,'' kata Debbie.

Lima lagi peserta peringkat akhir ialah Falicia Gek, Zehra Zambri, Shazrina Tukiman, Asiahtunakma Abdullah dan Arnieza Amir.

Teen Star 2000 yang disiarkan secara langsung di TV2 menampilkan Jeslina Hashim dan Edlyna Hanie sebagai pengacara. Ia disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Shawn Baharin, Anis Suraya, Asyira, Nurfatimah, Dayang Norfaizah, Nadia Fadilla dan Martinie diundang memeriahkan pertandingan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.