saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 30/11/2000

Keadilan menang pilihan raya kecil Lunas

KULIM 29 Nov. - Parti Keadilan Nasional (Keadilan) memperoleh kerusi tunggal di Dewan Undangan Negeri Kedah apabila calonnya menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas hari ini.

Calon Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail, 37, memperoleh 10,511 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), S. Anthonysamy, 59, mendapat 9,981 undi.

Calon bebas, N.Letchumanan, 46, yang meraih hanya 50 undi, sekali lagi menerima nasib seperti pilihan raya umum lepas apabila hilang wang pertaruhan.

Ini bermakna majoriti yang diperoleh Saifuddin Nasution sebanyak 530 undi. Sebanyak 204 undi rosak.

Kejayaan Saifuddin Nasution itu bermakna pembangkang kini mempunyai 13 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kedah, berbanding BN, 23 kerusi. Pas menguasai 12 daripada kerusi pembangkang.

Ini bererti BN kekurangan satu kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh pegawai Pengurus Pilihan Raya kawasan berkenaan, Osman Salleh di Dewan Serbaguna Kelang Lama, Lunas pada pukul 9 malam.

Pilihan raya berkenaan diadakan ekoran pembunuhan wakil rakyat BN, Dr. Joe Fernandez pada 4 November lalu.

Pada pilihan raya umum genap setahun lalu, Dr. Joe menang dengan majoriti 4,700 undi, mengalahkan tiga pencabarnya iaitu M.Kathiravelo (DAP) dan dua calon bebas termasuk Letchumanan yang mendapat 87 undi.

Peratusan keluar mengundi kali ini ialah sebanyak 77.58 peratus daripada 26,746 keseluruhan pengundi berdaftar di kawasan itu, yang terletak dalam kawasan Parlimen Padang Serai. Peratusan itu adalah rekod peratusan tertinggi dalam pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum 1999. Jumlah pengundi itu berdasarkan daftar pemilih 2000.

Sebanyak 12,102 pengundi (45.25 peratus) daripada jumlah keseluruhan pengundi adalah Melayu, 9,212 orang (34.44 peratus) adalah Cina, 5,413 orang (20.24 peratus) adalah India manakala 19 orang lagi (0.07 peratus) terdiri daripada kaum-kaum lain. Kawasan ini terdapat 29 pengundi pos.

Pada pilihan raya lalu, jumlah yang keluar mengundi ialah 72.56 peratus, berdasarkan jumlah pemilih sebanyak 26,717 orang.

Oleh: OTHMAN MOHAMAD

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.