saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 06/12/2000

Ahmad Zaidi paling lama berkhidmat

TUN Ahmad Zaidi Adruce Mohammed Noor, Yang Dipertua Negeri Sarawak ke-5 yang meninggal dunia hari ini adalah pemegang jawatan itu yang paling lama berkhidmat iaitu selama 15 tahun.

Beliau dilantik kali pertama memegang jawatan itu pada 2 April 1985 dan dilantik semula empat kali hingga ke hari ini.

Dilahirkan di Sibu pada 29 Mac 1924 dan dikenali sebagai antara tokoh pendidik serta ahli politik yang aktif menentang penjajahan dan menyokong pembentukan negara Malaysia.

Ahmad Zaidi merupakan anak Sarawak yang pertama dan antara rakyat Malaysia yang pertama mendapat ijazah Sarjana yang diperolehnya dari Universiti Edinburgh di United Kingdom pada 1954.

Satu perkara yang menarik ialah beliau pernah berkhidmat dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI) sebagai Kapten Divisyen Pemerintah Marin dari 1945 hinggga 1947, menentang penjajah Belanda.

Semangat kuat menentang penjajah menyebabkan beliau diletakkan di bawah tahanan rumah pada 1963 oleh penjajah British.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Abang Ali, Sibu dan di Sekolah Chung Hua, Sibu sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah St Thomas, Kuching dan Anglo Chinese School, Singapura pada tahun 1938 hingga 1939.

Kerjaya Zaidi dalam perkhidmatan awam bermula setelah beliau menerima latihan sebagai nazir sekolah Melayu di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak dari 1940 hingga 1942.

Dari 1943 hingga 1945, dalam zaman pemerintahan Jepun, beliau telah mengikuti kursus doktor haiwan di Bogor, Jawa Barat.

Beliau adalah antara pensyarah awal di Maktab Perguruan Batu Lintang di Kuching pada tahun 1948 hingga 1949, tahun-tahun awal penubuhan maktab perguruan yang pertama di negeri ini.

Berbekalkan semangat antipenjajah yang kuat, beliau mula bergiat cergas dalam bidang politik ketika berusia 18 tahun dengan menyertai Kesatuan Melayu Muda pada 1942.

Beliau merupakan seorang daripada pemimpin Sarawak yang mula-mula menduduki Majlis Negeri sebagai anggota yang dilantik dari 1957 hingga 1958.

Ahmad Zaidi juga memperoleh Sijil Pendidikan dari Universiti London.

Pada 1956 beliau dilantik sebagai Presiden Barisan Pemuda Sarawak, dan kemudian turut bertanggunjawab menggerakkan anggotanya untuk mengemukakan memorandum menyokong konsep Malaysia Suruhanjaya Cobold.

Pada 1961 beliau bertindak sebagai Pengerusi Rapat Umum di Sibu untuk menyokong penubuhan Malaysia.

Jawatan-jawatan penting yang pernah dipegang oleh Ahmad Zaidi antara tahun 1956 dengan 1963 -- Naib Presiden Majlis Perbandaran Kuching, anggota Jawatankuasa Biasiswa Negeri, anggota Perbadanan Kemajuan Kewangan, Setiausaha Agung Majlis Pengakap Sarawak, Pesuruhjaya Daerah bagi Pengakap Laut Kanan serta Naib Presiden Majlis Belia Sarawak, anggota Jawatankuasa Pencegah Rasuah Sarawak, anggota Lembaga Pelawat Penjara dan Lembaga Pemeriksaan Kerajaan.

Setelah memenangi kerusi Kalaka dalam pilihan raya negeri pada tahun 1974, Ahmad Zaidi dilantik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta bertanggungjawab dalam hal-ehwal pendidikan sehingga 1976.

Beliau sekali lagi dilantik menganggotai kabinet negeri dari 1977 hingga 1979, sebagai Menteri Perumahan dan Pembangunan Sarawak.

Ahmad Zaidi bersara daripada jawatan kerajaan dan kegiatan politik selepas itu, dan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri oleh Yang di-Pertuan Agong pada 2 April 1985.

Bagi mengenang jasanya kepada negara dan Sarawak khasnya Ahmad Zaidi dianugerahkan bintang Seri Setia Mahkota Malaysia yang membawa gelaran Tun pada 11 Jun 1987.

Beliau turut dikurniakan Bintang Mahaputra Adipradana oleh Pemerintah Republik Indonesia pada 10 November 1986 dan Paduka Seri Laila Jasa daripada Kerajaan Negara Brunei Darussalam pada 9 Mac 1989.

Pada 6 Ogos 1993 Ahmad Zaidi dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang olek Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Zaidi turut dilantik sebagai Canselor Universiti Malaysia Sarawak yang pertama pada 1 April 1994.

Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak ini mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Hajah Rosmiati yang berasal dari Indonesia dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.