saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/12/2000

In-Team tekankan mesej ketuhanan

Ini terbukti dari segi imej yang ditampilkan oleh In-Team dan juga lagu-lagu dendangan mereka.

Sekali pandang atau dengar orang sudah mengetahui In-Team berasal dari mana.

In-Team yang dianggotai oleh Mohd. Syahril Abdul Khalid, 20, Muhammad Hazamin Harun, 20, Hisyam Ahmad, 20 dan Mohd Suhaimi Saad, 20, adalah artis kedua Hijjaz Music Entertainment Sdn. Bhd. selepas Aeman.

Kumpulan yang membawa maksud hubungan akrab persahabatan atau Ukhwah Silaturahim ditubuhkan pada Januari 1998.

Kesemua anggota In-Team adalah pecahan vokalis daripada beberapa kumpulan nasyid ketika itu.

Mereka menimba pengalaman dengan mengadakan persembahan secara kecil-kecilan di peringkat sekolah dan universiti.

Malahan, In-Team juga pernah beberapa kali menjadi penyanyi latar untuk Hijjaz dalam beberapa siri konsert besar kumpulan tersebut.

Selain itu, In-Team juga pernah beberapa kali ditabalkan sebagai juara dan naib juara pada pertandingan nasyid peringkat universiti dan di luar universiti.

Kemunculan album In-Team adalah seratus peratus terbitan kumpulan Hijjaz dengan membawa sedikit kelainan daripada album nasyid biasa.

Album yang mengandungi lagu-lagu bermesejkan ketuhanan itu menampilkan konsep pop kotemporari.

Selain itu, Kasih Kekasih juga menitik-beratkan persoalan akhlak, persahabatan, sejarah dan alam sejagat.

Gaya persembahan digubah dengan menggabungkan kekuatan vokal harmonis dan muzik seperti kompang Melayu, bongo, tamborin dan lain-lain alat percussion termasuk alat-alat moden yang dibenarkan oleh syariat.

Selain irama pop nasyid, album ini juga mengetengahkan irama dan rentak seperti reggae, masri Arab dan balada.

Album ini mengandungi 10 buah lagu termasuk sebuah lagu lama yang pernah dipopularkan oleh kumpulan D'lloyd, Jangan Kita Lupa yang diberi nafas baru dalam versi nasyid kontemporari.

Selain itu, album ini turut memuatkan antaranya zikir dan terjemahan sepotong ayat al-Quran sebagai peringatan kepada semua.

In-Team mempertaruhkan lagu Kasih Kekasih, Jangan Kita Lupa dan Siti Khadijah.

Sehubungan itu, untuk bulan pertama sahaja, album tersebut telah mendapat tempahan sebanyak 10,000 unit.

Pada setiap 20,000 pembeli pertama kaset atau CD asli akan melayakkan peminat untuk menyertai peraduan Dengar dan Menang Kasih Kekasih melalui borang yang terdapat di album.

Pemenang pertama akan menerima pakej pelancongan ke Scotland selama seminggu untuk dua orang dan beberapa barangan lain.

Sementara itu, pemenang kedua pula akan menerima satu set komputer peribadi bernilai RM2,000 beserta dengan barangan lain.

Hadiah ketiga pula membawa pemenang ke Pulau Langkawi selama tiga hari dua malam untuk dua orang dan juga barangan lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.