saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 15/12/2000

Sukma 2002 mulai 5 September

Ketua Menteri, Datuk Osu Sukam bagaimanapun berkata, acara rasmi Sukma itu akan bermula pada 5 hingga 14 September 2002 yang membabitkan 27 acara sukan.

"Sebanyak 14 acara sukan wajib dan 13 acara pilihan,'' katanya pada sidang akhbar di bangunan Dewan Undangan Negeri, di Kota Kinabalu, semalam.

Hadir sama Menteri Pembangunan Belia, Kebudayaan dan Kemajuan Sukan Sabah, Datuk Rubin Balang dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk K.Y. Mustafa.

Menurut Osu, seramai 7,000 peserta akan terbabit dengan kejohanan itu, tetapi jumlah keseluruhan ialah seramai 12,000 membabitkan pegawai, pengiring dan lain-lain tenaga penggerak.

Tambah beliau, jawatankuasa pelaksana Sukma itu telah dibentuk bagi melicinkan persiapan kejohanan berprestij itu.

Osu enggan menjelaskan kemungkinan jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan, tetapi menegaskan bahawa kosnya adalah terlalu besar.

"Tidak ada stadium baru yang akan dibina untuk kemudahan Sukma ke-9 itu, tetapi sebagai langkah jimat cermat, kerajaan negeri berusaha melakukan tokok tambah prasarana yang sedia ada,'' ujarnya.

Beliau memberi contoh, stadium negeri yang sedia ada akan diubahsuai sehingga boleh menampung 32,000 penonton.

Osu berkata, bagi memastikan kejayaan penganjuran Sukma itu, beliau telah menetapkan semua menteri kerajaan negeri dan pembantu menterinya serta wakil rakyat berperanan untuk menyelia setiap satu perjalanan acara sukan.

"Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula telah ditetapkan sebagai perkampungan Sukma ke-9 dan kebanyakan acara sukan yang dipertandingkan bertumpu di sekitar Kota Kinabalu,'' jelasnya.

Beliau yakin boleh bahawa Sabah akan menjadi pengajur yang terbaik setanding dengan kecemerlangan penganjurannya oleh negeri-negeri lain sebelum ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.