saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/12/2000

Dave rancang rakam lagu raya

''Idea untuk lagu baru raya itu sudah ada dalam fikiran dan insya-Allah akan dapat menemui para peminat pada tahun depan,'' katanya.

Dave yang ditemuramah dalam satu pertemuan di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini berkata, ciptaan baru lagu Hari Raya adalah perlu bagi memperkayakan lagi khazanah seni tanah air.

''Dengan adanya lagu baru Hari Raya akan turut membantu deejay radio menyiarkannya sebagai hiburan peminat untuk mereka bergembira,'' katanya.

Dave atau dikenali juga dengan nama Islamnya, Irwan Shah itu sebelum ini pernah merakamkan lagu Hari Raya evergreen yang kini terus berkumandang disiarkan oleh stesen-stesen radio tempatan yang berjudul Menjelang Hari Raya yang dicipta oleh S. Atan.

Dia juga merakamkan beberapa lagi lagu bertema Hari Raya seperti Suara Takbir, Mekar Kasih Di Kuntum Melati dan Senandung Hari Raya.

Karier Dave mula menjulang dalam arena seni suara menerusi lagu irama Hindustan seperti Maafkanlah, Ku Tak ingin Menangis Lagi dan Harum Bunga Kembang apabila dia mula menjadi artis rakaman Life Rekod pada tahun 1972.

''Setahun kemudian saya menyertai EMI merakam album Ingin Bersua,'' katanya yang kini telah mempunyai syarikat sendiri Dave Enterprise untuk mengeluarkan rakaman terbaru lagu-lagu irama Hindustan tidak lama lagi.

Dave memberitahu, dia perlu membuat rakaman itu bagi memenuhi banyak permintaan peminat selain lagu irama Hindustan yang terus digemari ramai.

Menurutnya, publisiti mengenai dirinya agak sepi kini bukan bererti dia telah meninggalkan dunia seni sebaliknya sibuk dengan urusan perniagaan dan memenuhi undangan pertunjukan amal di seluruh tanah air.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.