saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 20/12/2000

Sungai Petani akan jadi bandar terbesar di utara

PULAU PINANG 19 Dis. - Sungai Petani, bandar kedua terbesar di Kedah akan menjadi bandar raya terbesar di wilayah utara, kata Pengerusi Kumpulan Hunza Property Bhd. Datuk Khor Teng Tong.

Katanya, syarikatnya yang merupakan pemaju hartanah terkemuka telah memperoleh 240 hektar (600 ekar) tanah di situ.

Ia juga telah memajukan 32 hektar (80 ekar) tanah untuk fasa pertama satu projek perumahan yang dinamakan Seri Bayu. Projek itu merangkumi pembinaan 1,000 unit rumah kos sederhana rendah dan sederhana.

Projek itu telah bermula awal tahun ini dan dijangka siap menjelang April tahun depan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Fasa kedua projek itu dinamakan Bukit Bayu. Ia akan dilancarkan bulan depan. Ia terdiri dari pembinaan banglo dengan keluasan tanah 7,000 kaki persegi yang berharga sekurang-kurangnya RM160,000. Ia dijangka siap dalam tempoh dua tahun, katanya.

Mengenai prospek Sungai Petani menjadi bandar raya terbesar di wilayah utara, Khor berkata ini akan dapat dicapai kerana bandar itu telah mempunyai ciri-cirinya.

Bandar itu akan menjadi bandar raya dalam tempoh antara 10 dan 15 tahun dan sekiranya projek lapangan terbang antarabangsa bermula lebih awal, ia akan menjadi bandar raya lebih awal iaitu dalam tempoh tujuh dan 10 tahun, katanya.

Khor berkata tanah di Sungai Petani masih dianggap murah dan ia juga lebih murah dan mudah untuk membina prasarana yang perlu dalam bandar itu.

''Kerajaan telah mengkhaskan bahagian tanah yang lebih besar untuk prasarana yang antaranya akan menjadikannya lebih mudah dan murah untuk membina jalan raya dan memasang paip air dan kabel,'' katanya.

Khor berkata kos kehidupan di Sungai Petani juga lebih murah di mana sewanya ialah kira-kira 25 dan 30 peratus lebih rendah daripada tempat-tempat lain. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.