saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/12/2000

Abu Bakar Ellah perjuangkan lagu daerah

DENGAN merakamkan lagu-lagu jenaka telah berjaya menaikkan nama artis popular Sabah, Abu Bakar Ellah, 41, di persada dunia seni tanah air khususnya di negeri di bawah bayu itu.

Lagu jenaka Menggatal Telipok dimuatkan di dalam rakaman terbarunya merupakan judul yang sangat popular di kalangan para peminat seni suara di Sabah sekarang.

"Sebenarnya Menggatal Telipok merupakan nama dua tempat yang terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu,'' kata Abu Bakar pada temu ramah dengannya di Kota Kinabalu, baru- baru ini.

Lagu Menggatal Telipok itu mengisahkan perjalanan yang penuh dengan kelucuan ragam manusia di antara kedua-dua destinasi itu khususnya ketika menaiki bas mini.

Abu Bakar memberitahu, keseluruhan pembikinan album itu menggunakan kemudahan yang terdapat di Sabah dan hasilnya setanding dengan rakaman yang dibuat di Kuala Lumpur.

"Kerana itu juga pasarannya adalah bertumpu di Sabah, namun sambutannya tetap menggalakkan dan sehingga kini sudah dua kali ulang cetak menjangkau 6,000 unit,'' jelas penyanyi yang berasal dari Kampung Penengah, Kinabatangan, Sabah itu.

Menurutnya, berikutan kejayaan itu, dia kini sedang membuat rakaman kedua album jenaka berjudul Sot Sot yang dijangka bakal memasuki pasaran pada tahun 2001.

"Sot Sot ialah bahasa tempatan Sabah yang lebih kurang maksudnya gila-gila,'' beritahunya.

Berkebolehan sebagai komposer, pelakon, penyanyi, penulis lirik dan pemuzik telah memberi banyak kelebihan kepada Abu Bakar sebagai artis serba boleh.

Dia juga pernah memenangi tempat pertama menerusi lagu Warkah Dari Gunung nyanyiannya dalam Sayembara Mencipta Lagu dan Lirik Puisi 2000 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Sabah yang berlangsung di Kota Kinabalu pada September lepas.

Di peringkat nasional, nama Abu Bakar lebih dikenali ramai sejak muncul sebagai pemenang ketiga Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran TV3 pada tahun 1995.

Dahulunya penyanyi berkenaan kerap muncul menerusi persembahan hiburan RTM Sabah dan dia juga tidak ketinggalan diundang mengambil bahagian dalam rancangan Hari Raya Aidilfitri di Radio Malaysia Sabah pada tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.