saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 23/12/2000

Azura wanita Dior Asia pertama

Dengan termeterai ikatan bersama Christian Dior (CD) mulai Januari 2001, Tengku Azura atau lebih dikenali sebagai Azura, hanya muncul di pertunjukan yang berkaitan dengan himpunan jenama ini sahaja.

Menurut pengasas agensi peragaan Cilla, Cilla Foong, sebagai Wanita Dior Asia, Azura akan terbabit dalam semua pertunjukan, penggambaran dan promosi CD di Malaysia dan rantau ini.

Membuka tabir kepada pelantikannya itu, dia disaluti rekaan CD dan diberi keistimewaan duduk di baris hadapan, pertunjukan pret-a-porter CD di Palais de Chaillot, Paris Oktober lalu.

Dengan pelantikan tersebut Azura menjadi satu-satunya peragawati daripada negara Asia Tenggara yang terpilih untuk memperagakan himpunan musim luruh/sejuk 2000/1 CD di Hong Kong baru-baru ini.

Paling mengembirakan dunia peragaan tempatan, Azura diberi penghormatan membuka tirai pertunjukan.

Merisik akan ciri-ciri pemilihan Wanita Dior, Cilla berkata, "menurut Pengurus Besar Kumpulan Moet Henessy Louis Vuitton Fashion (Malaysia), Kathy Lam, Azura mencerminkan identiti CD.''

Dia juga adalah gadis Asia paling sesuai untuk melahirkan semangat moden CD, memiliki keperibadian, sikap dan gaya yang sejiwa dengan himpunan CD, khususnya rekaan panas 2001 CD.

Mengimbas kembali pembabitan di bidang peragawati Azura berkata, "Saya ditemui oleh Cilla Foong di pusat membeli-belah Lot 10. Ketika itu saya baru lepas SPM dan bekerja sambilan sebagai pelayan di Carls Junior'', katanya membuka cerita.

"Sebenarnya saya tidak pernah berangan menjadi peragawati. Semenjak kecil saya hanya mahu bekerja sebagai guru, doktor atau pramugari.

"Bidang peragawati tidak seperti sangkaan ramai penuh glamor, hakikatnya ia banyak dugaan dan cabaran serta menuntut disiplin,'' terangnya.

Jelas Azura, pertunjukan fesyen tempatan bermusim. Sungguhpun di kala banyak pertunjukan seseorang peragawati boleh mengambil lima enam pertunjukan sehari, malah lebih. tetapi jika tiada dua pertunjukan seminggu pun sukar.

"Cita-cita saya kini mahu terus berjaya. Kesempatan sebagai Wanita Dior akan saya manfaatkan dengan meninjau peluang di persada antarabangsa, bermula di Paris dan ini bukan suatu yang mudah,'' katanya.

Ada juga orang bertanya mengapa dia tidak mencuba nasib di luar negara ketika awal 20-an. Perasaan takut dan tidak yakin begitu menebal.

Sambungnya lagi: "Untuk bergaya di hadapan ratusan mata menuntut kekuatan diri. Kita mesti muncul penuh yakin supaya setiap langkah tampak cantik, bersahaja dan tenang.''

Setiap pakaian mempunyai watak dan keperibadian tersendiri. Peragawati mesti tahu cara membawa sesuatu rekaan. Gaya dan jalan perlu bersesuaian dengan keperibadian sesuatu jenama.

"Jika keyakinan diri rendah, kecenderungan membuat kesilapan amat besar.

"Kita tidak dapat menjangka apa akan berlaku. Selalu saya berdoa agar segalanya berjalan lancar, kasut tidak tersepit di lantai pentas, kaki tidak terpelecok dan tiada kesilapan dalam setiap langkah.

"Perasaan saya begitu lega sebaik pertunjukan himpunan musim luruh/sejuk CD 2000/1 selesai,'' katanya yang telah dilamar agensi peragaan Calcarries Hong Kong. Kini dia diintip oleh agensi IMG London.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.