saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 24/12/2000

Beban beg sekolah pada kanak-kanak

Banyak ibu bapa masa kini gemar membelikan anak-anak mereka beg sandang yang digalas di belakang badan sebagai beg sekolah. Mereka mungkin tertanya-tanya, adakah beban yang dipikul oleh anak mereka itu memberikan kesan kepada tulang belakang anak mereka.

Walaupun beg sandang memang menjadi keperluan selain pensil dan papan tulis di sekolah, anda mungkin berfikir dua kali sebelum membiarkan anak-anak anda menaiki bas ke sekolah dengan membawa beg yang berat. Penyelidikan baru menunjukkan bahawa beg sandang yang berat memberikan kesan berbahaya kepada tulang belakang.

Penyelidikan ini dijalankan memandangkan meningkatnya aduan sakit belakang di kalangan kanak-kanak sekolah pada dekad ini. Menjelang usia belasan tahun, lebih 50 peratus kanak-kanak mengalami sakit belakang bahagian bawah sekurang-kurangnya sekali. Dan penyelidikan baru juga menunjukkan bahawa peningkatan aduan ini mungkin disebabkan oleh penggunaan beg sandang yang tidak betul caranya.

Anda tentunya biasa melihat kanak-kanak sekolah yang masih kecil ini terbongkok-bongkok memikul beg sandang yang beratnya tak sepadan dengan saiz badan mereka - dan tentunya anda sedar akan bahaya yang bakal dialami oleh kanak-kanak tersebut jika keadaan ini dibiarkan berterusan.

Di negara ini, kanak-kanak sekolah membawa beg sandang yang sarat dengan buku sekolah. Pada dasarnya, saya memang tidak bersetuju. Mereka sepatutnya menggunakan troli kecil sebagai ganti beg sandang. Bagaimanapun, saya pasti bahawa ia tidak mungkin dapat dilakukan. Jadi, saya ingin memberikan beberapa petua yang berguna sebagai manfaat bersama untuk mengurangkan bahaya kesan daripada beg berat kepada tulang belakang.

Pertama, mari kita lihat bagaimana beg sandang boleh menjejaskan tulang belakang. Secara logiknya, kita tahu bahawa membawa beg yang sarat dan berat sebelah pula lama-kelamaan boleh menyebabkan tekanan pada tulang belakang yang sedang membesar. Masyarakat di negara ini kini sudah mula menyedari akan bahayanya cara membawa beg sandang yang tidak betul dan kurang atau sukarnya memperoleh panduan tentang cara membawa beg sandang yang betul dan langkah pencegahan yang perlu diambil supaya tulang belakang terpelihara dengan baik.

Di Amerika Syarikat, Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika menganggarkan bahawa 4,928 bilik kecemasan menampung kes yang berkaitan dengan kecederaan akibat beg sekolah dan back carriers. Menggalas beg di bahu secara sewenang-wenangnya bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan akut tetapi juga kecederaan jangka panjang pada tulang belakang.

Menurut suruhanjaya itu lagi, di Amerika secara purata, setiap kanak-kanak membawa beg sandang yang beratnya 12 paun. Bayangkan: 12 paun X 10 kali angkat sehari= 120 X 180 hari persekolahan = 21,600 paun setahun. Beratnya lebih kurang 11 tan, iaitu sama berat dengan enam buah kereta yang bersaiz sederhana!

Itu di Amerika. Bagaimana pula dengan di negara ini yang berat beg sekolah kadang-kadang mencapai 35 paun lebih? Hal ini bermakna bahawa kanak-kanak sekolah di negara ini membawa beg sekolah yang beratnya lebih tiga kali ganda berat beg sekolah kanak-kanak di Amerika. Jika dikira seperti kiraan tadi, kanak-kanak di Malaysia membawa beban yang beratnya 30 tan atau seberat 18 buah kereta tempatan setiap tahun! Hal ini bertambah teruk lagi memandangkan secara puratanya, kanak-kanak di Malaysia mempunyai badan yang lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak di Amerika yang sebaya!

Menggalas beg yang berat menggunakan sebelah bahu sahaja boleh mengakibatkan ketidakjajaran postur yang serius yang seterusnya boleh menyebabkan berlakunya vertebral subluxation. Vertebral subluxation ialah disfungsi bahagian tulang belakang yang tertentu kerana pergerakan tulang yang terbatas atau tulang yang tidak sejajar. Masalah ini boleh menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai penyakit, seperti sakit leher dan sakit belakang, sakit kepala dan osteoartritis.

Di samping itu, ujian terbaru yang dijalankan mendapati bahawa membawa beg sandang boleh mengubah mobiliti tulang belakang, dan seterusnya mengakibatkan pergerakan tulang belakang terhad - yang merupakan risiko sakit belakang. Kajian lain menggunakan magnetik resonance imaging untuk mengkaji kesan beg sandang pada cakera intervertebra yang terdapat pada spina, iaitu "bantal'' berisi cecair yang terdapat di antara tulang spina. Menurut rencana tersebut, beg sandang boleh mengubah kandungan cecair dalam cakera ini, dan boleh menyebabkan risiko berlakunya cakera terhernia (slipped disk) dan osteoartritis.

Untunglah kerana kita mempunyai cara untuk mengatasi krisis kesihatan kanak-kanak ini, iaitu melalui rawatan kiropraktik. Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memeriksa spina kanak-kanak yang membawa beg berat untuk melihat jika ada apa-apa masalah yang baru berkembang. Langkah ini perlu dilakukan oleh kiropraktor yang akan melakukannya melalui penilaian postural, dan seterusnya memberikan nasihat untuk mengelak kecederaan.

Setelah kanak-kanak diperiksa dan dirawat melalui rawatan kiropraktik, ada lima langkah yang boleh diambil untuk mencegah kecederaan akibat beg sandang daripada terus berlaku pada masa akan datang.

* Pastikan beg sandang tegap buatannya dan saiznya sesuai dengan saiz badan. Kini, sudah ada beg sandang kecil yang dibuat khas untuk kanak-kanak yang berumur antara lima hingga 10 tahun. Beg ini beratnya kurang satu paun dan tali sandangnya lebih pendek dan lebar supaya tidak mudah jatuh.

* Rupa bentuk beg semata-mata bukan merupakan ukuran mutlak dalam memilih beg. Hal ini demikian kerana beg yang tidak sesuai akan menyebabkan sakit belakang, ketegangan otot, atau mempengaruhi saraf. Untuk memastikan muatan beg tidak berat sebelah, pilihlah beg yang tali sandangnya dan tali ikat pinggangnya berpelapik.

* Pastikan bahawa berat beg anak anda tidak melebihi 15 peratus berat badannya. Elakkan membawa barang-barang yang kurang perlu.

* Latih anak menyusun barang supaya berat beg seimbang atau tidak berat sebelah.

* Pastikan anak anda tidak membawa beg sandang di sebelah bahu sahaja. Tali sandang dan tali ikat pinggang hendaklah sentiasa digunakan.


Teknik mengangkat sangat penting, tetapi sering dipandang remeh. Mengangkat beg dengan cara yang tidak betul berulang-ulang kali, walaupun beg itu ringan, boleh mengakibatkan kerosakan tulang spina. Berikut disertakan cara yang betul mengangkat beg:

* Pastikan beg yang hendak diangkat itu berada di depan anda.

* Bengkokkan lutut.

* Gunakan kedua-dua belah tangan untuk menimbang-nimbang bagi memastikan berat beg.

* Angkat beg dengan melonjakkan badan menggunakan kaki, bukan belakang.

* Dengan cermat, selitkan tali sandang di sebelah bahu diikuti oleh sebelah lagi, jangan sekali-kali membawa beg sandang dengan menggalasnya di sebelah bahu sahaja.

Sekiranya anak anda mengadu sakit di mana-mana bahagian badan akibat menggalas beg, segeralah membawanya untuk pemeriksaan kiropraktik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.