saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/12/2000

Tahun 2000 era Siti Nurhaliza

Ini berlaku kerana Siti Nurhaliza sering menonjol di setiap pertandingan besar yang disertainya.

Sebelum pertandingan berlangsung, orang ramai sudah dapat menduga kejayaan pasti menjadi milik Siti Nurhaliza.

Ada juga suara-suara sumbang berkata, mereka sudah bosan melihat penyanyi ini naik pentas menerima anugerah.

Fenomena itu tidak dapat diubah kerana bakat anak gadis dari Kuala Lipis, Pahang itu memang diakui oleh banyak pihak.

Ini terbukti menerusi 20 kejayaan yang dirangkul olehnya sepanjang tempoh lima tahun pembabitannya dalam bidang seni.

Bakat dan kemampuan Siti Nurhaliza bukan saja di negara ini, malah turut diperakui oleh negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.

Indonesia yang terkenal dengan penyanyi-penyanyi berbakat itu telah menganugerahkan Siti Nurhaliza untuk kategori Artis Luar Negara Paling Berjaya di Indonesia semasa berlangsungnya Anugerah Muzik Indonesia (AMI) 2000 pada Oktober lalu.

Warganegara Singapura juga sanggup menghabiskan sejumlah wang yang besar semata-mata untuk menonton persembahan Siti Nurhaliza di Harbour Pavilion Singapura pada Mac lalu.

Siti Nurhaliza adalah artis Melayu pertama yang mendapat sambutan luar biasa dengan harga tiket lebih RM675 mengatasi tiket konsert Mariah Carey iaitu RM565 di negara itu.

Semasa Anugerah Industri Muzik 2000 (AIM) yang berlangsung April lalu, Siti Nurhaliza memperoleh empat kejayaan.

Lagu Hati Kama daripada album Seri Balas yang dipilih sebagai album terbaik.

Pihak Persatuan Pemuzik, Penulis Lagu dan Penyanyi Tanah Air (Papita) pula memilih Siti Nurhaliza untuk Anugerah Personaliti Terbaik.

Untuk empat tahun berturut-turut juga, Siti Nurhaliza menerajui kategori Artis Wanita Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2000 yang dianjurkan oleh akhbar Berita Harian.

Penutup kejayaannya pada tahun ini adalah menerusi Juara Lagu 2000 yang berlangsung pada November lalu.

Dalam pertandingan tersebut, Siti Nurhaliza berjaya memenangi kategori balada menerusi lagu Kau Kekasihku dan Balqis untuk kategori etnik kreatif.

Malahan, lagu Balqis juga dipilih sebagai lagu terbaik Juara Lagu 2000.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.