saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/01/2001

Ghazali sinonim dengan watak raja

Barangkali keserasian dan keberkesanannya memegang watak itu membuatkan bintang filem, Ghazali Sumantri lebih menyerlah dalam genre filem Melayu klasik.

Namun aksinya kini tinggal kenangan. Pelakon itu kembali ke rahmatullah dalam usia 65 tahun, ketika orang ramai sedang bersiap sedia menyambut kedatangan alaf ketiga tahun 2001.

Ghazali atau nama sebenarnya Ghazali Razali, menghembus nafas terakhir pada pukul 8.30 malam kelmarin, di rumah saudaranya di Bandar Baru Kulim, Kedah, kerana sakit jantung, radang sendi (ghaut) dan angin ahmar.

Allahyarham yang mempunyai lima anak, tiga lelaki dan dua perempuan hasil perkahwinannya dengan dua isteri, Salmah dan bintang filem terkenal Seri Dewi, menderita sakit radang sendi sejak tiga tahun lalu.

Allahyarham yang sudah membintangi lebih 70 filem sepanjang pembabitannya dalam lakonan mula menceburi bidang tersebut selepas puas menjadi anak kapal.

Menurut Ghazali, pada satu temu bual dengan majalah URTV 1984, dia mula meminati bidang lakonan sewaktu sering berulang-alik ke Studio Cathay Kris. Waktu itu dia masih lagi bekerja sebagai anak kapal.

Allahyarham juga memberitahu, minatnya itu diasuh sejak usia remaja dengan melibatkan diri dalam pertunjukan bangsawan yang diadakan di Kedah, tempat asalnya.

Melihat pada bakat dan perwatakan yang ada padanya, pada awal 60-an, Kasim Kamil, adik kepada Salleh Kamil menawarkan kepadanya untuk menjadi pelakon.

Filem pertama lakonannya ialah Aladin arahan B.S. Rajhan dan muncul sebagai hero menerusi filem Darahku. Kebanyakan filem menampilkan Ghazali sebagai pelakon utama atau sebagai pelakon pembantu yang semuanya mendapat sambutan menggalakkan daripada para penonton.

Selain filem Hang Jebat, lain-lain filem yang melonjakkan namanya ialah Kalong Kenangan, Cempaka Biru, Bunga Tanjung, Pontianak Gua Musang, Dang Anum, Mata Syaitan, Raja Bersiong, Tun Fatimah, Nasib Do Re Mi dan Yatim Mustapha.

Allahyarham meninggalkan Studio Cathay Kris pada tahun 1969 dan kembali ke Kuala Lumpur setelah 15 tahun berada di Singapura termasuk 12 tahun menjadi pelakon filem.

Semasa di Kuala Lumpur, Allahyarham menjadi kakitangan sambilan TV Malaysia dan bertugas di unit pengalihan suara.

Tidak lama kemudian, Allahyarham terus menerima undangan daripada rakan lamanya, pelawak Mat Sentul untuk kembali ke dunia perfileman sebagai penolong pengarah dalam filem Penagih Dadah dan Mat Tenggek pada tahun 1979.

Bertolak dari situ, Allahyarham terus diberi kepercayaan untuk menjadi penolong pengarah untuk filem Ribut Di Hujung Senja arahan Ed Osmera dan Pagar-Pagar Cinta arahan A.R Badol.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.