saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/01/2001

Safa album terbaru Siti Nurhaliza

Pada awal tahun lalu, dia muncul dengan album Melayu asli iaitu Sahmura yang membawa maksud permata yang berkilauan.

Ternyata promosi pasaran pada awal tahun yang diatur oleh Suria Records, syarikat naungannya berjaya meletakkan album Siti Nurhaliza antara album yang terlaris.

Kini Safa yang membawa makna Putih Bersih Maksudmu menampilkan konsep pop komersial dengan muzik lebih sentimental dan melankolik.

Menurut Siti Nurhaliza, Safa memberi makna yang meluas iaitu seluas impiannya dalam melayari kehidupan sebagai insan seni sejak enam tahun lalu.

"Saya sudah melakukan yang terbaik untuk album ini dan berharap semua lagu yang dimuatkan dalam album ini menepati cita rasa peminat,'' ujar Siti Nurhaliza.

"Judul album Safa dipilih berdasarkan keikhlasan dan ketulusan saya dalam mengharungi dunia hiburan setelah lima tahun bergelar penyanyi. Saya harap judul itu dapat menggambarkan yang terkandung dalam album tersebut,'' ujar Siti Nurhaliza yang turut menghasilkan tiga lirik dalam album Safa.

Lirik-lirik yang dihasilkan oleh Siti ialah Percayalah (Ajai), Lakaran Kehidupan (Mat SW) dan Jalinan Cinta (Helen Yap) bersama dengan Haslan.

Manakala lagu-lagu yang dijangka akan menjadi hit ialah Azimat Cinta ciptaan Adnan Abu Hassan, Bicara Manis Menghiris Kalbu nukilan Aiman dan Beradu Di Khayalan hasil karya Aubrey Suwito.

Album yang akan berada di pasaran mulai Isnin ini menampilkan sembilan komposer terkenal iaitu Azmeer, Ajai, Aubrey, Helen Yap, Adnan Abu Hassan, Ahmad Izham Omar, Wong, Zulkefli Majid dan Pak Ngah.

Sehubungan itu Siti Nurhaliza akan mengadakan majlis pelancaran album Safa pada 22 Januari ini sempena merai ulang tahun kelahirannya yang ke-22 tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.