saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 07/01/2001

Akta Warisan akan diperkenal

PULAU PINANG 6 Jan. - Kerajaan akan memperkenalkan Akta Warisan tidak lama lagi sebagai menyokong usaha pemuliharaan bangunan bersejarah di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, akta itu adalah sebagai usaha terbaru kerajaan bagi melindungi bangunan bersejarah dan ia akan dibentangkan di Parlimen pada tahun ini.

Menurut beliau, penggubalan akta tersebut akan dapat menyediakan insentif serta peluang untuk golongan yang aktif menjalankan kerja-kerja pemuliharaan tersebut.

''Terdapat banyak bangunan bersejarah di Malaysia yang kebanyakannya terbiar dan tidak digunakan sehingga akhirnya dirobohkan untuk dibina bangunan baru,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penyampaian Anugerah Warisan Asia Pasifik UNESCO Untuk Pemuliharaan Kebudayaan Warisan kepada Rumah Agam Cheong Fatt Tze yang memenangi Anugerah Projek Paling Cemerlang daripada 26 negara yang mengambil bahagian.

Dalam usaha pemuliharaan bangunan warisan, Abdullah memuji langkah kerajaan negeri Pulau Pinang yang melakukan banyak usaha untuk memulihara bangunan warisan di negeri tersebut.

Katanya, walaupun menghadapi tentangan daripada segelintir masyarakat yang tidak bersetuju dengan usaha tersebut, lambat-laun mereka akan sedar tentang kepentingan usaha itu dan memberi sokongan kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun kata beliau, dalam menjalankan usaha pemuliharaan bangunan warisan, kerajaan negeri seharusnya tidak melupakan aspek kebersihan persekitaran negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri perlu mengambil berat teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, lima tahun lalu yang menggelarkan Pulau Pinang sebagai 'Darul Sampah' kerana aspek kebersihan yang tidak diberi perhatian sebelum ini.

Terdahulu, Ketua Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, kerajaan negeri tidak lama lagi akan menyiapkan pelan serta garis panduan pemuliharaan bagi melicinkan usaha-usaha pemuliharaan yang dijalankan di negeri tersebut.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.