saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/01/2001

Amir kecewa album tidak laku

Setelah kecewa melihat sambutan album terbarunya, kata Amir dia tidak lagi mempunyai harapan untuk berbicara tentang pasaran album di sini.

"Saya memang kecewa dengan keadaan sekarang. Setelah dua bulan di pasaran, album kami belum mencecah 15,000 unit dan ini amat mendukacitakan,'' jelasnya.

Menurut Amir, keadaan ini amat berbeza dengan pasaran album di Indonesia. Album Pijar Kasmaran di pasarkan serentak semenjak dua bulan lalu di Malaysia dan Indonesia.

Bagaimanapun sambutan untuk album berkenaan di negara jiran memuncak naik apabila mencatatkan jualan melebihi 50,000 unit.

Keadaan ini menurut Amir menjelaskan bahawa nasib dan masa depan artis di negara ini semakin sukar.

"Kerana itu saya tidak menaruh sebarang harapan lagi di sini. Sebaliknya saya mahu memberi tumpuan kepada album yang sama di negara jiran.

"Pasaran di negara itu lebih mendapat sambutan dan hanya itulah jalan terbaik dalam waktu kritikal seperti ini,'' jelas Amir.

Penyanyi ini berpendapat faktor utama yang menyebabkan pembeli tidak berminat untuk mendapat album artis tempatan kerana harga yang terlalu mahal.

Faktor ini wajar diambil kira oleh syarikat rakaman memandangkan tidak semua peminat berkemampuan untuk membeli dengan harga yang sebegitu mahal.

"Harga kaset di pasaran perlu diturunkan sekiranya kita mahu menyelamatkan industri hiburan tempatan,'' jelas Amir lagi.

Bagaimanapun Amir tidak menafikan terdapat beberapa lagi faktor lain yang mendorong kepada keadaan itu.

Antaranya cetak rompak yang semakin kencang dan pertambahan bilangan radio swasta di negara ini.

"Penyiaran lagu yang terlalu kerap di radio juga menyebabkan peminat tidak lagi berhasrat untuk membeli album.

"Ini kerana mereka boleh mendapat hiburan secara percuma melalui radio-radio ini,'' jelasnya lagi.

Menurut Amir, bagi memastikan album Pijar Kasmaran terus mendapat sambutan di negara tersebut, dia akan berlepas ke negara itu pada Februari ini untuk sesi promosi.

Amir dijangka akan mengadakan beberapa pertunjukan di bandar-bandar utama di Indonesia yang telah diatur oleh syarikat rakaman BMG Indonesia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.