saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/01/2001

Accapan nafi terikat

Pengundurannya daripada sitcom tersebut sedikit sebanyak memberi kesan pada popularitinya. Malahan kemunculannya di kaca TV juga terhad.

Wajahnya hanya kelihatan dalam rancangan hiburan terbitan RTM. Kekerapan muncul dalam rancangan terbitan RTM menyebabkan banyak pihak menyangka dia terikat dengan RTM dan ekoran itu stesen TV lain rasa was-was untuk mengundangnya.

"Saya tidak terikat dengan RTM. Orang tengok saya sering muncul di RTM kerana stesen itu sahaja yang panggil saya. Kalau boleh saya juga nak cuba dengan stesen lain,'' kata Accapan.

Walaupun peluang untuk muncul di kaca TV terhad, Accapan tidak pernah menganggap itu sebagai penghalang. Ini kerana di kalangan promoter hiburan, Accapan adalah di antara pelawak yang mendapat banyak permintaan.

Dalam seminggu dia menerima dua undangan. Seringkali Accapan akan bergandingan dengan Os ataupun Khairul Anuar.

Katanya, sebagai artis bebas dia tidak pernah menetapkan pasangan lawaknya.

"Setiap kali membuat persembahan, saya akan berlawak dan menyanyi. Sepatutnya sekarang ini saya sudah ada album baru,'' jelasnya yang pernah merakam album Trio Santan Berlada dan Trio Santan Berlada II bersama Ali Mamak dan Khairul Anuar.

Menurut Accapan, album yang sepatutnya berada di pasaran sejak akhir tahun lepas terpaksa ditangguh kerana beberapa masalah.

Album yang menampilkan irama seperti dangdut, raggae, rock dan pop dirakam dalam bahasa Tamil. Kebanyakan lagu yang dirakamnya itu diambil dari lagu Melayu yang ditukar liriknya.

Kata Accapan, jika albumnya itu keluar pada waktu yang ditetapkan dia bercadang untuk menggiatkan promosi.

Dia juga telah nekad untuk kembali aktif seperti dulu dan harapannya itu tidak terlaksana sehinggalah album tersebut siap dipasarkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.