saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/01/2001

Mas Idayu setia dengan dangdut


MAS IDAYU.


Penyanyi kecil yang ligat di pentas ini dianggap antara mereka yang tidak pernah mengalah dalam perjuangannya mengangkat lagu-lagu dangdut.

Malah di tangannya, dangdut terus bersinar gilang meskipun terdapat beberapa rakan seperti Amelina dan Sheeda semakin sepi daripada menyanyikan lagu dangdut.

Bagaimanapun kemewahan dan kejayaan mempertahankan populariti tidak pernah mengubah pendirian hidup penyanyi yang berasal dari Johor ini.

Jika ada yang menganggap penyanyi ini agak garang atau sedikit celupar di dalam memberikan pendapat, ia adalah kerana sifat semula jadinya yang suka berterus terang tanpa berselindung.

"Kemewahan dan kejayaan yang saya kecapi hari ini tidak pernah menjadikan diri saya bongkak atau lupa daratan,'' jelasnya.

Sebaliknya, dia sentiasa mengambil sikap berhati-hati di dalam meneruskan agenda seninya supaya tidak mudah menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pengalaman mendaki kejayaan yang disifatkan cukup getir sepuluh tahun lalu membuatkan Mas Idayu lebih senang memilih untuk bercerita kepada orang tertentu sahaja, terutamanya apabila bercakap soal peribadi.

Dia serik apabila ada pihak yang suka menikam daripada belakang. Di depan baik tetapi di belakang macam-macam perkara buruk diperkatakan.

"Kerana itu saya amat berhati-hati untuk bercakap termasuklah dengan pihak media. Bagi yang tidak mengenali mungkin menganggap saya artis yang agak sombong tetapi itu adalah cara saya,'' jelasnya.

Menurut penyanyi syarikat rakaman Warner Music ini, sebagai artis yang sudah lama berada dalam industri ini, dia cukup insaf dan bersyukur dengan segala kurniaan terhadap dirinya hari ini.

"Biarlah orang lain pandang muzik dangdut sebelah mata. Biarlah mereka kata apa yang saya perjuangkan kolot atau kekampungan. Tetapi yang penting melalui muzik ini saya menyara keluarga dan meraih kehidupan yang membahagiakan,'' katanya.

"Itulah yang saya cari selama ini dan saya amat bersyukur kerana masih mampu bertahan sehingga ke hari ini,'' jelasnya lagi.

Ketika ini, Mas Idayu muncul antara artis yang paling laris di pentas.

Apa yang penting, ketika nama di terima orang dia mahu terus berbakti kepada keluarga dengan memberikan mereka bantuan dari segi kewangan.

"Selain itu saya tidak mahu memandang ke belakang lagi. Bagi saya rezeki yang hadir di ketika saya masih muda wajar dimanfaatkan sebaik mungkin,'' tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.