saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/01/2001

Tyco bakal disenarai dalam MBR

Pihak syarikat EMI telah menghantar surat pengesahan untuk mengiktiraf Tyco sebagai artis animasi tiga dimensi pertama di Malaysia.

Kini, EMI sedang menunggu pengesahan untuk pengiktirafan itu, kata Pengurus Kanan Promosi EMI, Normaheran Yusof.

Tyco adalah versi virtual kumpulan KRU muncul dengan album sulung yang memuatkan lagu popular Bidadari yang kini sering ke udara di radio.

Banyak pihak yang keliru antara KRU dan Tyco. Tyco adalah sebuah kumpulan animasi dan KRU pula kumpulan di alam nyata.

Untuk promosi, KRU yang akan muncul di setiap persembahan dan memperkenalkan diri sebagai Tyco di alam fantasi.

Album tersebut memuatkan semua lagu ciptaan terbaru yang berlainan konsep dengan album KRU sebelum ini.

Tyco dianggotai oleh tiga anggota iaitu Tylo (Norman), Yiko (Yusri) dan Psylo (Edry).

Album tersebut memuatkan lagu-lagu Bidadari, Saatku Pejamkan Mata, Sandiwara, Jutawan, Mati Muda, With You, Bom, Cyber dan beberapa lagi.

Album tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat apabila mengutip jualan tertinggi minggu lalu mengikut carta yang dikeluarkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Kumpulan KRU banyak terbabit dalam urusan promosi yang dirancang oleh pihak EMI untuk memastikan album itu disedari oleh peminat.

Pada awal kemunculan album itu, pihak EMI mendapat kritikan kerana konsep album tersebut dikatakan baru bagi peminat di sini.

Menyedari itu, pihak EMI menggiatkan promosi untuk membolehkan ia mendapat sambutan menggalakkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.