saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/01/2001

Album Soundtrack Gerak Khas The Movie

Menerusi sesebuah lagu dan muzik, banyak agenda yang boleh disampaikan kepada golongan muda yang sudah biasanya menjadikan hiburan sebagai teman setia di mana sahaja berada.

Lagu berjudul Ibarat Lilin ciptaan Is Wow dan lirik Johan Azizi boleh menjadi pemangkin ke arah menggerakkan golongan remaja mendalami dunia kepolisan dan cabaran-cabarannya.

Ia merupakan salah sebuah lagu baru yang dimuatkan di dalam album soundtrack Gerak Khas The Movie yang akan berada di pasaran pada 6 Februari ini.

Menurut penerbit album berkenaan, Johan Aziz, Ibarat Lilin bukan sekadar lagu tema sebuah filem seperti kebiasaannya.

Malah, penerbit mempunyai sasaran tertentu dalam mengetengahkan lagu itu di dalam album berkenaan.

"Sejajar dengan penghasilan filem gerak Khas, lagu Ibarat Lilin juga amat berkait rapat dengan tema filem berkenaan.

"Menerusi lagu tersebut, kami mahu menarik minat remaja supaya menghargai kerjaya sebagai anggota polis dan seterusnya berani mendepani tanggungjawab menjaga keamanan negara,'' jelasnya.

Selain Ibarat Lilin, empat lagu baru lain yang turut dimuatkan di dalam album ini ialah Titip Rindu, Keranamu Kekasih, Keliru dan Semusim Rindu.

Sementara itu, empat lagu lama yang turut dimuatkan ialah Wajah (Aishah), Jendela Hati (Erra Fazira), Motor kapcai (Senario) dan Bintang Kehidupan (Nike Ardilla).

Pembikinan album berkenaan memakan belanja lebih RM40,000.

Kesemua lagu yang dimuatkan di dalam album ini menghiasi filem terbaru terbitan Skop Productions itu.

Selain itu, menurut Johan, dia mendapat kerjasama penuh daripada semua pelakon yang terbabit di dalam filem tersebut untuk menghasilkan soundtrack berkenaan.

Malah, penerbit muda ini juga melahirkan rasa puas hati kerana setiap pelakon filem itu mempunyai mutu vokal yang agak baik termasuk personaliti popular, Normala Samsuddin,

"Pada awalnya saya agak bimbang, kalau-kalau Normala tidak dapat memberikan apa yang saya kehendaki menerusi lagu itu.

"Bagaimanapun setelah berada di studio, saya tahu Normala mempunyai aset yang tersendiri dan kalau diberi peluang boleh menjadi penyanyi yang baik setaraf dengan penyanyi popular lain,'' jelasnya.

Selain itu juga, proses memasukkan suara Abby Abadi dan AC Mizal juga tidak menghadapi sebarang kesukaran kerana mereka sudah berpengalaman luas dalam bidang nyanyian.

"Walaupun sudah lama tidak menyanyi, mereka masih berkemampuan mempersembahkan mutu vokal yang baik.

"Keadaan ini banyak memberi keuntungan kepada saya kerana masa rakaman dapat dipendekkan dan kos studio juga tidak meningkat,'' jelasnya lagi.

Bagaimanapun, dia akur dengan keadaan semasa yang tidak memihak kepada pasaran album ketika ini, Nova Music hanya menyasarkan sekitar 30,000 unit penjualan untuk album berkenaan.

"Walaupun album soundtrack tempatan pernah terjual melebihi 100,000 unit, kami akur dengan kehendak pembeli hari ini.

"Kerana itu sasaran utama kami hanya sekitar 30,000 unit walaupun album ini menampilkan bintang-bintang popular,'' katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.