saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/01/2001

Pelantikan Shahrizat atas desakan kuat - PM

PUTRAJAYA 17 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata pelantikan Datuk Shahrizat Abdul Jalil sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita dibuat kerana ada desakan yang begitu kuat supaya diwujudkan kementerian berkenaan.

''Kita memang hargai sumbangan wanita dan peranan mereka, dan sebab itu kita wujudkan satu kementerian baru,'' katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Raya bersama kakitangan pejabat Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pengumuman pelantikan dua menteri, dua timbalan menteri dan seorang setiausaha Parlimen hari ini.

Brig. Jen Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Senator Datuk Zainuddin Maidin sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan.

Ditanya sama ada seorang timbalan kepada Shahrizat akan dilantik, Perdana Menteri berkata perkara itu belum difikirkan lagi.

''Kita fikirkan waktu ini memadai untuk adakan seorang menteri (bagi hal ehwal) wanita,'' katanya.

Mengenai pelantikan Kayveas sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr. Mahathir berkata ia untuk mengisi satu lagi jawatan untuk kementerian itu.

''Ada jawatan yang kita tidak isi semasa kita tubuh kerajaan selepas pilihan raya 1999. Ada jawatan yang kita tidak isi dan sekarang kita isi,'' kata beliau.

Ditanya sama ada beliau akan menambah lagi jawatan menteri dan anggota pentadbiran, Dr. Mahathir berkata: "Itu kita dah lantik, setakat itu sajalah."

Menjawab soalan bahawa pengumuman hari ini bukan mengenai rombakan kabinet tetapi merupakan pelantikan jawatan, beliau berkata: ''Yalah, itu sahaja. Yang dok cakap fasal rombakan hanyalah press, bukan saya. Saya tak kata rombakan."

''Orang lain jangan ghairah nak buat rombakan. Saya tidak ghairah apa pun.''

Perdana Menteri berkata beliau juga mahu melantik seorang yang difikirkan boleh menyumbang kepada kabinet setelah Datuk Dr. Abdul Hamid Othman meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dr. Mahathir berkata beliau juga berpuas hati dengan tugas yang dijalankan oleh menteri-menteri dalam kabinet beliau.

''Walaupun orang lain mungkin tidak puas hati kerana orang lain punya agenda, tapi mengikut saya, mereka ini menjalankan tugas mereka. Maka, saya kekalkan mereka melainkan kalau mereka minta untuk letak jawatan," katanya.

Ketika ditanya tentang kemungkinan menteri digugurkan daripada kabinet, Dr. Mahathir berkata: ''Nak gugur fasal apa pulak, kalau mereka ada buat salah, kita gugurlah.'' - Bernama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.