saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 20/01/2001

Jazz sinonim dengan Zain Azman

Oleh: ROSLI MANAH
PADA sebuah festival jazz yang pada mulanya dirancang diadakan esok, beliau memilih untuk menyanyikan lagu Frank Sinatra, Fly Me To The Moon. Beliau memang seorang pengagum Frank Sinatra.

Malah sejak zaman mudanya, beliau satu-satunya penyanyi jazz yang mampu menyanyikan lagu Frank Sinatra dengan baik. Itulah Allahyarham Zain Azman penyanyi jazz yang tidak pernah merasa songsang sekalipun berada dalam arus perdana muzik pop.

Ketika Allahyarham mula menyanyi lebih empat dekad lalu, lagu jazz dianggap terlalu elit, terasing dan tidak ada khalayak di negara ini. Tetapi Allahyarham yang pernah merakamkan lagu di England percaya, jazz muzik warisan kulit hitam itu mempunyai peminat tersendiri.

Zain Azman atau nama sebenarnya Abdul Aziz Majid, 66 menghembuskan nafas terakhir Khamis lalu kerana sakit barah otak.

Allahyarham yang menghidap sakit jantung itu dikesan mendapat barah otak apabila dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Hari Raya kedua lalu setelah mengadu sakit.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur selepas sembahyang Jumaat semalam. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Junaidah Abdullah, 55 dan dua anak.

Penyanyi yang selalu berpasangan dengan Allahyarham, Julie Sudiro memberitahu, Zain Azman pernah mengingatkan dia tentang festival jazz semasa melawatnya pada 3 Januari lalu di Hospital Kuala Lumpur.

''Allahyarham kata beliau akan menyanyi lagu Fly Me To The Moon. Beliau suka sangat pada lagu itu,'' kata Julie yang juga penyanyi jazz yang disegani.

Nama Zain Azman cukup sinonim dengan lagu-lagu jazz malah tidak banyak penyanyi lelaki boleh menyanyikan lagu-lagu jazz terutamanya yang dipopularkan oleh Frank Sinatra dengan baik.

Walaupun selalu muncul berduet di dalam program TV dan persembahan pentas, Zain Azman dan Julie tidak pernah merakam lagu duet dalam album.

Julie mengimbas kembali, katanya dua tahun lalu mereka dicadangkan menghasilkan album duet oleh seorang komposer namun hasrat tersebut tidak kesampaian.

Julie menyifatkan pemergian Zain Azman sebagai satu kehilangan kepada dunia muzik tempatan malah sukar untuk dicari ganti.

Semasa hayatnya, Allahyarham seorang yang senang didekati walaupun oleh seseorang yang tidak mengenalinya dengan rapat.

Ketika ditemui beberapa tahun lalu, Allahyarham begitu senang menceritakan pengalaman pahit manis yang ditimbanya dalam bidang nyanyian.

Zain menjadi anak Melayu pertama yang diberi peluang merakamkan suara di England semasa belajar di Brighton Technical College tahun 1956.

Kemenangannya dalam satu pertandingan yang dianjurkan semasa di England telah menarik pihak syarikat rakaman untuk menerbitkan albumnya. Allahyarham yang menyumbangkan tenaga pada seni selama 45 tahun sempat menghasilkan album dalam bentuk EP berjudul New In The Ways of Love dan Belle From Barcelona.

Zain dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, kemudian pulang ke tanah air pada tahun 1960 dan bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Biro Getah Asli.

Sekembalinya ke tanah air, Zain mula melibatkan diri dalam bidang nyanyian secara aktif dan berpeluang muncul membuat persembahan di TV.

Kemunculan awalnya menerusi rancangan Dengarlah Laguku pada tahun 1963 dan kemudian diberi peluang oleh RTM untuk menjadi hos The Zain Azman Show.

Di majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1998, penglibatannya dalam bidang seni diberi pengiktirafan dan Allahyarham dianugerahkan Anugerah Sri Wirama.

Dalam satu temu bual dengan Utusan kira-kira sepuluh tahun lalu, Zain Azman pernah mendedahkan dari mana lahirnya nama Zain Azman dan tidak menggunakan nama asalnya Abdul Aziz Majid.

Kata Allahyarham, nama itu cantuman nama dua rakan karibnya, Allahyarham Tan Sri Zain Azrai dan Tan Sri Azman Hashim. - ROSLI MANAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.