saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/01/2001

TYCO bukti KRU masih berbisa

Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa KRU mampu melebarkan sayap seni mereka sehingga ke peringkat ASEAN.

Namun kemunculan terakhir kumpulan itu menerusi album Formula Luar Biasa dikatakan gagal menawan peminat kumpulan yang dianggotai oleh tiga beradik itu.

Dan masyarakat khususnya pemerhati seni menganggap KRU sedang melalui zaman 'kegawatan' selepas beberapa tahun menguasai dunia hiburan tanah air.

Bagaimanapun andai kata ada yang menganggap Norman, Yusry dan Edry sudah tidak popular, anggapan anda itu sememangnya salah sama sekali.

Di kalangan peminat setia KRU, mereka sudah sedia maklum mengenai kewujudan kumpulan generasi baru TYCO.

TYCO merupakan kesinambungan usaha KRU untuk terus berkarya selain mahu membuktikan kepada masyarakat Malaysia mengenai daya kreativiti mereka yang tinggi.

"Ini merupakan album yang agak berlainan dari segi produksinya dan kami sengaja memilih konsep sebegini bagi memberi kelainan kepada peminat setia kami,'' ujar Norman ketika ditemu bual oleh Pancaindera.

TYCO jika dilihat secara rambangnya merupakan kemunculan KRU sebagai artis virtual animasi tiga dimensi (3D).

TYCO dianggotai oleh Tylo, Yiko dan Psylo tampil dengan konsep futuristik dengan menggaulkan unsur instrumental akustik dan agresif.

Menurut Norman, muzik TYCO tidak dipengaruhi oleh unsur sound samplers, loops dan tekno seperti yang digunakan oleh kumpulan terkenal seperti Korn dan Limp Bizkit.

"Sebaliknya, stail muzik dan gaya TYCO mempunyai tarikan universal yang tersendiri dan unik,'' jelasnya lagi.

TYCO menggunakan teknologi komputer terkini dan lebih daripada itu, TYCO juga memperkenalkan muzik eksperimental yang dipanggil bounce music iaitu suatu cara baru menghasilkan kesan dan muzik menggunakan teknik komputer.

Norman menjelaskan bahawa album TCYO bukanlah album yang memuatkan lagu Inggeris semata-mata.

Sebaliknya, menurut Norman, album ini merupakan album campuran Inggeris dan Melayu.

Antara lagu yang kini mendapat perhatian daripada peminat setia kumpulan itu ialah Bidadari dan With You manakala lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah People Come People Go, Saat Ku Pejamkan, Action dan Hero.

Sementara itu, mulai minggu ini Pancaindera dengan kerjasama syarikat rakaman EMI Music (M) Sdn. Bhd., menganjurkan pertandingan sempena kemunculan album TYCO. Pertandingan terbuka kepada semua peminat kumpulan KRU dan pembaca setia Pancaindera.

Pastikan anda tidak ketinggalan mendapatkan borang pe- nyertaan dan pastikan juga anda menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.