saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 24/01/2001

Kesesakan lalu lintas di Kajang meruncit

Saudara Pengarang,
SAYA sebagai salah seorang pengguna jalan raya di Kajang ingin memaklumkan harapan pengguna jalan raya di kawasan sekitar Kajang, Putrajaya/Cyberjaya, Semenyih, Beranang dan Bangi mengenai penyelesaian kesesakan lalu lintas di bandar Kajang yang sudah lama berada di dalam keadaan yang meruncing.

Oleh kerana bandar Kajang terletak di tengah-tengah antara Kuala Lumpur dan pekan/bandar di selatan Kajang seperti Semenyih, Beranang dan Seremban, Kajang telah menjadi tempat tumpuan bagi perjalanan kedua-duanya.

Kedudukannya yang berjiran dengan Putrajaya dan Cyberjaya serta pembangunan pesat di sini telah menyebabkan keadaan lalulintas di Kajang menjadi semakin sibuk dan membimbangkan.

Bayangkanlah apabila semua kenderaan terpaksa melalui tengah-tengah bandar Kajang untuk menuju sebelah selatan (Semenyih & Beranang) dan begitulah juga keadaan sebaliknya bagi kenderaan dari sebelah selatan untuk ke Kuala Lumpur.

Kerapkali berlaku kemalangan ketika kesesakan lalu lintas dan ini menambahkan lagi kesesakan yang sedia ada. Ada ketikanya saya terpaksa menunggu berjam-jam untuk keluar dari bandar Kajang.

Majlis Perbandaran kajang (MPKj) yang terletak di dalam kesesakan bandar Kajang tentu lebih maklum kerana keadaan ini berlaku di depan mata sendiri setiap hari.

Saya sedia maklum bahawa MPKj telah merancang pembinaan Lebuh Raya Pintasan Kajang dan Lingkaran Kajang untuk mengatasi masalah kesesakan di Kajang. Malangnya, kedua-dua lebuh raya ini masih lagi tidak siap walaupun telah lama dimulakan.

Contohnya, sejak 1997 sehingga kini, lebuh raya pintasan Kajang masih lagi ditahap 70%. Hanya lebih kurang 8 kilometer sahaja masih belum disiapkan. Takkanlah 8 kilometer jalan tidak dapat disiapkan dalam masa 3 tahun. Alasan pemaju perumahan berdekatan terbabit tidak mahu menanggung pembinaan lebih kurang 7.5 kilometer ini adalah amat lemah kerana siapnya lebuh raya ini akan memanafaatkan semua orang.

Manakala Lebuh Raya Lingkaran Kajang baru lebih kurang 5% siap walaupun sudah dimulakan (kalau tidak silap saya sejak 1998).

Saya benar-benar berharap dan begitu juga para pengguna yang lain agar kedua-dua lebuh raya ini dapat disiapkan secepat mungkin dan diberi keutamaan sewajarnya. Kesesakan bandar Kajang telah terlalu lama menjadi isu. - PENGGUNA GELISAH, Subang Hi-Tech Industrial Park.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.