saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/01/2001

APM 2001 ...memartabatkan lagu Melayu


M.Nasir, Ramli Sarip dan Chrisye menyampaikan lagu Mantera Semerah Padi pada persembahan terakhir Anugerah Planet Muzik 2001 (APM) di Habour Pavilion, Singapura, Sabtu lalu.


Penganjuran Anugerah Planet Muzik 2001 (APM) oleh dua stesen radio popular Singapura iaitu Ria dan Warna diharapkan akan menjadi titik tolak kepada karyawan Melayu melahirkan hasil yang bermutu tinggi pada masa akan datang.

Ini kerana APM yang menggabungkan karyawan seni dari tiga negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura mampu meningkatkan martabat muzik Melayu di rantau itu.

Menurut penerima sulung Anugerah Khas APM, M. Nasir, dia optimis selepas ini karyawan Melayu khususnya di ketiga-tiga negara itu akan tampil dengan semangat baru untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu.

Seniman kelahiran Singapura itu menambah, kejayaan lagu Melayu adalah bergantung kepada bangsa itu sendiri.

"Saya melihat tidak ada sebab lagu Melayu tidak boleh berjaya di peringkat yang lebih global dan melalui APM kita sebenarnya boleh menzahirkan usaha itu,'' katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah tersebut di Harbour Pavilion, Singapura malam Sabtu lalu.

Lantaran itu, M. Nasir menyaran agar karyawan tempatan mengambil kesempatan melalui APM untuk mengetengahkan hasil karya mereka ke peringkat rantau tersebut.

Katanya, muzik Melayu khususnya mempunyai identitinya tersendiri bukan satu perkara yang mustahil untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih luas.

Bagaimanapun, M. Nasir menegaskan, apa yang penting ialah setiap karyawan perlu tahu matlamatnya dalam berkarya.

"Setiap karyawan tidak sekadar hanya bergantung kepada nasib semata-mata sebaliknya lebih berusaha.Itu adalah kenyataannya,'' jelas beliau lagi.

Pada satu soalan lain, M. Nasir berkata, sepatutnya APM telah dianjurkan lebih awal lagi kerana majlis anugerah seperti ini banyak menyumbang kepada kemajuan industri muzik sesebuah negara.

"APM bukan sekadar majlis sebaliknya satu perhimpunan yang menekankan setiap karyawan kepada masalah-masalah yang dihadapi dalam industri muzik,'' kata M. Nasir.

APM 2001 merupakan majlis yang memberi pengiktirafan kepada karya seni penggiat muzik dari tiga negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Sebanyak 17 kategori dipertandingkan termasuk sebuah Anugerah Khas Planet Muzik.

M. Nasir diberi penghormatan menerima Anugerah Khas Planet Muzik berdasarkan sumbangan besarnya kepada industri muzik di ketiga-tiga negara Asia Tenggara itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.