saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/01/2001

APM rapatkan karyawan muzik Asia Tenggara

ANUGERAH Planet Muzik 2001 (APM) anjuran dua stesen radio popular saluran Melayu Singapura, Ria dan Warna merupakan titik permulaan untuk merapatkan lagi hubungan sesama karyawan muzik Asia Tenggara.

Menurut Pembantu Kanan Naib Presiden (Program Melayu) Perbadanan Radio Singapura (RCS), Zakiah Halim, matlamat utama APM adalah untuk meningkatkan martabat muzik Melayu di ketiga-tiga negara Asia Tenggara itu.

Menurut beliau, setelah sekian lama muzik berkembang di ketiga-tiga negara itu, sudah tiba masanya pengiktirafan diberikan sebagai menghargai usaha karyawan muzik khususnya karyawan Melayu.

"Kami di Singapura merasakan ada baiknya pengiktirafan diberikan kepada penggiat muzik Melayu dari ketiga-tiga negara ini,'' katanya ketika ditemui di Harbour Pavilion, Singapura, baru-baru ini.

Ditanya mengenai kepentingan APM bagi industri muzik Singapura pula, Zakiah menjelaskan, dunia muzik negara itu memerlukan sokongan dan perhatian yang lebih konsisten.

Kata Zakiah, bagi industri muzik Singapura, majlis penganugerahan seperti ini akan membantu meningkatkan semangat dan industri muzik negara itu secara umumnya.

"Secara jujur, kami akui bahawa kami tidak boleh menganjurkan penganugerahan untuk industri muzik kami sendiri kerana dunia muzik Singapura terlalu kecil jika dibandingkan dengan Malaysia dan Indonesia.

"Oleh itu, kami bersikap terbuka dengan memberi peluang kepada negara-negara jiran yang serumpun dengan kami,'' terang Zakiah lagi.

Mengenai penyertaan negara Brunei pula, Zakiah berkata, pihaknya terpaksa akur dengan penarikan diri negara itu kerana Brunei memberi alasan mereka tidak mempunyai album yang layak untuk menyertai APM.

"Mungkin belum ada rezeki Brunei pada tahun ini tetapi kita mengharapkan mereka akan menyertai pada tahun hadapan,'' kata Zakiah.

APM seperti juga Anugerah Industri Muzik (AIM) yang dianjurkan di Malaysia dan Anugerah Muzik Indonesia (AMI).

APM turut mendapat sokongan yang baik daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Persatuan Industri Rakaman Indonesia (Asiri), Yayasan Anugerah Muzik Indonesia (Yami) serta Persatuan Karyawan Muzik Indonesia (Perkamus).

APM mempertandingkan 17 kategori termasuk Anugerah Khas Planet Muzik dan lima anugerah yang dikhaskan untuk artis Singapura.

M. Nasir merupakan penerima sulung Anugerah Khas Planet Muzik, manakala penyanyi Siti Nurhaliza pula merangkul tiga anugerah APM iaitu Artis Wanita Terbaik, Artis Wanita Popular dan Lagu Paling Popular.

Artis Singapura, Art Fazil menerima tiga anugerah APM iaitu anugerah Artis Baru Lelaki Terbaik, Artis Tempatan Terbaik dan Album Tempatan Terbaik.

Sementara itu, penyanyi Indonesia Kris Dayanti pula berkongsi kemenangan kategori Artis Wanita Terbaik dengan Siti Nurhaliza.

Kris juga menerima dua anugerah lain iaitu Album Tempatan Terbaik dan Lagu Terbaik.

Tidak ketinggalan penyanyi terkenal Chrisye juga diumumkan sebagai Artis Lelaki Terbaik.

APM 2001 berlangsung dalam suasana gilang-gemilang di hadapan lebih 4,000 tetamu dihoskan oleh tiga personaliti terkenal dari tiga negara itu iaitu Ziana Zain (Malaysia), Sarah Sechan (Indonesia) dan Suhaimi Yusof (Singapura).

Turut mengadakan persembahan pada malam itu ialah kumpulan KRU yang turut memenangi kategori Kumpulan Terbaik., Anuar Zain, Black Maria, Erra Fazira dari Malaysia, Glenn, Rio, Sheila On 7 (Indonesia), kumpulan 2D, Ferhad, Ramli Sarip, Maman dan Art Fazil (Singapura).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.