saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/01/2001

Sekitar APM 2001

Bagaikan satu perhimpunan raksasa, kehadiran bintang-bintang selain hampir 4,000 peminat muzik Melayu di situ semata-mata untuk meraikan majlis Anugerah Planet Muzik 2001 (APM).

APM sebenarnya merupakan sebuah majlis yang mirip kepada majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) bagi Malaysia atau Anugerah Muzik Indonesia (AMI).

Tidak banyak sebenarnya perbezaan cuma skop pengiktirafan sahaja yang diperluaskan oleh tuan rumah Singapura kepada dua negara jiran yang serumpun.

Semua ini berlaku kerana belum tiba masanya untuk Singapura mengehadkan penyertaan buat karyawan muzik negara itu kerana pasaran muzik Kota Singa itu begitu terhad sekali jika dibandingkan dengan Malaysia dan Indonesia.

Wartawan Pancaindera yang berkesempatan mengadakan liputan majlis yang berlangsung lebih tiga jam itu melihat sendiri kemeriahan majlis tersebut.

APM dimeriahkan oleh kehadiran tiga pengacara yang mewakili tiga negara iaitu Ziana Zain (Malaysia), Sarah Sechan (Indonesia) dan Suhaimi Yusof (Singapura).

Gelagat ketiga-tiga pengacara ini sudah cukup untuk membuatkan penonton tidak kering gusi.

Ziana terutamanya yang digelar 'Jeniffer Lopez' sedikit mengejutkan kerana jarang sekali dia tampil dalam keadaan yang sedemikian rupa

Kumpulan KRU dari Malaysia 'hilang' sebaik sahaja majlis berakhir dan wartawan dari Malaysia tercari-cari di mana kelibat ketiga-tiga beradik itu untuk menemu bual mereka.

Entah apa pula masalah yang dihadapi Norman, Yusry dan Edry.

Persembahan artis-artis pada malam APM tidak mengecewakan. Kesemua artis dari ketiga-tiga negara memberikan hiburan yang bertenaga.

Kekuatan persembahan juga terletak pada iringan muzik oleh komposer terkenal Mac Chew dari Malaysia membuatkan ramai penonton dari Kota Singa dan Indonesia yang kagum dengan kehebatan pemuzik dari Malaysia itu.

Jika dilihat dari segi personaliti artis-artis pula, harus diakui artis Malaysia khususnya artis wanita kita yang nyata lebih terserlah memilih pakaian yang melekat di tubuh mereka.

Artis Malaysia juga nyata begitu bersemangat sekali menghadiri majlis APM dan jumlah penyertaan dan kehadiran artis Malaysia juga khabarnya lebih banyak berbanding Singapura dan Indonesia.

APM 2001 juga dijangka akan diadakan secara tahunan memandangkan sambutan dan reaksi yang diberikan oleh karyawan dari tiga negara itu cukup membanggakan.

Malah tuan rumah Singapura juga mengharapkan negara Brunei akan menyertai APM pada tahun hadapan memandangkan ini merupakan majlis pengiktirafan untuk karyawan muzik yang memperjuangkan bahasa Melayu.

Anugerah Malar Segar Paling Popular Warna mungkin suatu anugerah yang dianggap asing bagi kita. Namun itulah hakikatnya apabila penganjur mengadakan anugerah itu khusus untuk memberi pengiktirafan kepada lagu lama yang terus popular sehingga ke hari ini.

Penerima sulung anugerah itu ialah lagu Rindu Bayangan ciptaan Omar Taib dan pernah dipopularkan oleh kumpulan Carefree.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.