saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/02/2001

Spoon tampil dengan semangat baru

Setelah menempuhi pelbagai dugaan akhirnya album terbaru kumpulan Spoon berjaya disiapkan hasil titik peluh mereka sepenuhnya.

Setahun lalu, Spoon bukan saja menjadi sebutan kerana penglibatan dalam muzik malah mencetuskan kontroversi berikutan kematian penyanyi utamanya, Along. Ini kerana Along menonjol sebagai penyanyi dan popularitinya mengatasi rakan-rakan yang lain.

Dugaan bagi Spoon untuk melangsungkan karier dalam muzik bukan kecil.

Tetapi anak-anak muda yang menganggotai Spoon realistik dan menerima takdir. Kepiluan tidak dibiar memusnahkan hari esok yang masih jauh.

Mereka bangun dengan semangat baru. Di sebalik takdir yang memisahkan Spoon dengan Along, ada kekuatan kepada rakan-rakan lain dan meneruskan cita-cita Along dan Spoon.

Maka lahirlah album terbaru Spoon berjudul Redha. Album ini menampilkan penyanyi baru Azlong, adik kepada Along akan dipasarkan pada Mac depan.

Kesemua lagu yang bakal dimuatkan siap menjalani rakaman vokal minggu lalu hasil terbitan Spoon Production & Entertainment.

``Kini pihak kami sedang membuat perbincangan dengan syarikat rakaman untuk mengedarkan album itu,'' kata salah seorang anggotanya Nurul.

Menurut Nurul, beberapa pihak telah menunjukkan minat untuk mengedar album itu setelah mereka mendengar lagu-lagu yang telah siap sepenuhnya.

Dia mengakui pada awalnya banyak pihak tidak yakin pada kemampuan Spoon setelah ketiadaan Along sejak dua tahun lalu.

Dalam masa menyepi tanpa sebarang album, mereka memerap untuk mencari idea menghasilkan lagu dan memantapkan persembahan.

``Dalam masa itu kami menolak banyak persembahan kerana mahu membuat persiapan diri dengan kemunculan album terbaru ini,'' jelasnya lagi.

Kini mereka telah bersedia untuk muncul semula untuk mengubat kerinduan peminat terhadap mereka sejak sekian lama.

``Kami juga amat rindu untuk muncul di khalayak peminat,''kata Nurul semasa ditemui di sebuah studio rakaman di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pihak media juga turut diperdengarkan lagu-lagu terbaru kumpulan yang popular dengan lagu Rindu Serindu Rindunya itu.

Ternyata mereka masih mengekalkan identiti muzik dan lagu kumpulan Spoon walaupun digantikan oleh penyanyi lain.

Lagu-lagu yang dijangka mendapat sambutan ialah Redha Secebis Tangis, Tiada Rindu Lagi, Tak Seindah Mimpi dan banyak lagi.

Album itu turut memuatkan dua buah lagu ciptaan dan lirik oleh Along yang tidak sempat dirakam iaitu Tiada Rindu Lagi dan Tujuh Gunung Tujuh Lautan.

``Walaupun terpaksa berusaha sendiri kami merasa puas kerana album ini adalah daripada kami sepenuhnya,'' kata Nurul.

Selain mencipta lagu dan lirik, mereka juga turut terlibat sepenuhnya dalam persembahan muzik untuk album ketiga Spoon itu.

Selain Nurul dan Azlong, Spoon juga masih dianggotai oleh anggota asal iaitu Shahnaz, Boy dan Yahya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.