saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 07/02/2001

Roslin pilihan untuk menangi GP akhir

PEMAIN Kelab Nusa Mahsuri, Roslin Hashim menjadi pilihan utama untuk menjuarai kategori perseorangan lelaki Grand Prix Akhir Sirkit Badminton Kebangsaan 2000 di Dewan Badminton Perlis yang bermula hari ini hingga Sabtu depan.

Kelebihan tersebut diberikan kepada pemain yang menduduki ranking ketujuh badminton dunia itu ekoran penarikan diri Wong Choong Hann yang masih dihantui kecederaan.

Pemain handalan, Yeoh Kay Lun dan Avin Chew juga menarik diri pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM34,100 itu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Perlis (PBPs), Mahizan Mustapha berkata, walaupun tanpa kehadiran beberapa pemain utama namun Roslin tetap akan dicabar pemain lain termasuk adiknya, Muhammad Hafiz juga dari Kelab Nusa Mahsuri.

Menurutnya, tempat Wong Choong Hann akan diisi pemain muda, Choo Gee Chang dan Yeoh Kay Lun digantikan Ong Huk Lee manakala Avin Chew pula diganti Lee Gee Chang.

Pemain lain bagi perseorangan lelaki yang mengutip mata tertinggi daripada tiga kejohanan pada tahun lalu ialah Ismail Saman, Mohd. Nazree Latifi, Yeoh Kay Bin, Jason Wong, Hasbullah Hafiz, Sairul Amar Ayub, Ramesh Nathan, Yap Yong Iyen, Moo Kok Hsiung, Lee Tsuen Seng dan Ng Choon Kang.

Sementara itu, pasangan utama negara Choong Tan Fook/Lee Wan Wah pula dijangka mendapat laluan mudah untuk mengungguli kategori beregu lelaki.

Pasangan lain ialah Rosman Razak/Chang Kim Wai, Lee Kah Shi/Mook Kok Hsiung, Hooi Teng Yung/Tan Bin Shen, Chan Chong Ming/Chew Chon Eng, Jeremy Gan/Hong Chieng Hun, Yee Chee Wah/Koo Kian Kiat.

Dalam acara perseorangan perempuan pula, pemain utama negara, Lee Yin-Tin tetap dicabar sengit oleh beberapa pemain muda lain seperti Wong Wai See, K. Sugita, Tania Teoh, Wong Miew Kheng, Vicki Rodrigues dan Wong Pei Tty.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.