saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 10/02/2001

GP Akhir Kebangsaan -- Roslin, Ismail tentukan juara

PEMAIN Nusa Mahsuri, Roslin Hashim dan bekas rakannya dalam kelab profesional itu, Ismail Saman akan menentukan juara Kejohanan Badminton Grand Prix Akhir Kebangsaan 2000, selepas masing-masing berjaya melepasi cabaran separuh akhir di, Kangar semalam.

Roslin tidak perlu bekerja keras pada separuh akhir apabila menang mudah 15-3, 15-9 ketika bertemu pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Yeoh Kay Bin.

Ismail pula menerima sedikit tentangan pada set pertama sebelum menang juga dengan straight set 15-9, 15-1 ke atas Ramesh Nathan dalam perlawanan antara dua wakil BAM itu.

Dalam beregu lelaki, pasangan nombor satu negara, Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah menundukkan pasangan kedua, Chan Chong Ming/Chew Choon Eng 15-6, 15-10 untuk mara ke akhir.

Mereka akan bertemu Rosman Razak/Chang Kim Wai yang terpaksa bekerja keras ketika menentang Jeremy Gan/Hong Chieng Hun sebelum menang 15-12, 15-12.

Dalam separuh akhir wanita, Lee Yin Yin menumpaskan Wong Pei Tty 11-2, 11-6 untuk bertemu Wong Miew Kheng yang turut menang straight set, 11-4, 11-5 ke atas Tania Teoh.

Pei Tty bagaimanapun cemerlang ketika berpasangan dengan Joanne Quay untuk mara ke akhir beregu wanita. Mereka layak selepas menewaskan K. Sugina/Tanousha 15-10, 15-2.

Menanti mereka ialah Norhashikin Amin/Fong Chew Yen, yang menumpaskan Wong Wai See/See Phui Leng 15-5, 15-8 dalam satu lagi separuh akhir.

Rosman Razak/Norhashikin turut mara ke akhir beregu campuran untuk bertemu Chong Ming/Joanne Quay.

Rosman/Norhashikin layak setelah menumpaskan Teo Kok Seng/Ang Li Peng 15-10, 15-2 manakala Chong Ming/Joanne menundukkan Ng Kean Kok/Fong Chew Yen 15-10, 15-6.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.