saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 11/02/2001

Badminton GP Kebangsaan: Roslin juara


ROSLIN bersama trofi selepas muncul juara Kejohanan Badminton Grand Prix Kebangsaan akhir di Kangar, semalam.


PEMAIN nombor satu negara, Roslin Hashim merangkul gelaran perseorangan lelaki buat kali pertama pada Kejohanan Badminton Grand Prix Kebangsaan akhir, selepas menumpaskan Ismail Saman di Dewan Badminton Perlis, Kangar se-malam, lapor ZAID MOHD. NOOR.

Perseorangan Nusa Mahsuri itu memerlukan 75 minit sebelum menundukkan pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bekas rakan sekelabnya, Ismail 13-15, 15-11 dan 15-2.

Walaupun satu ketika ketinggalan 10-13 pada set pertama, Ismail mempamer semangat juang yang tinggi untuk bangkit dan memenangi set tersebut 15-13.

Bagaimanapun, Roslin, pemain ranking ketujuh dunia turut menunjukkan semangat yang tinggi dengan memenangi set kedua 15-11.

Pemain kelahiran Kelantan itu dipaksa bekerja keras untuk merampas set tersebut selepas ketinggalan 6-9.

Set penentuan nyata berat sebelah dengan permainan berpihak sepenuhnya kepada Roslin yang mencatat kemenangan mudah 15-2 untuk muncul juara.

Sementara itu pasangan utama negara, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah mempertahankan kejuaraan beregu lelaki selepas mengetepikan Rosman Razak-Chang Kim Wai 15-4, 15-6.

Tan Fook-Wan Wah menunjukkan persembahan yang menarik walaupun dicabar dengan bersungguh-sungguh oleh Rosman dan Kim Wai.

Dalam perseorangan wanita, Lee Yin Yin dipaksa berhempas pulas ketika berhadapan dengan pemain Selangor, Wong Miew Kheng untuk muncul juara.

Walaupun memang mudah 11-4 pada set pertama, pemain dari Pulau Pinang itu tewas kepada Miew Keng pada set kedua dengan 7-11.

Bagaimanapun pengalaman memihak kepada Yin Yin apabila tidak menghadapi masalah memenangi set terakhir 11-3.

Pasangan Norhashikin Amin-Fong Chew Yen muncul juara beregu wanita selepas menumpaskan Wong Pei Tty-Joanne Quay 15-11, 15-10.

Norashikin meraih kejuaraan kedua apabila merangkul gelaran beregu campuran bersama Rosman apabila mengetepikan Chan Chong Ming-Joanne Quay 15-13, 15-10.

Kemenangan Roslin membolehkannya meraih RM3,000, manakala Ismail menerima RM1,500.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.