saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/02/2001

Mas Idayu dangdut bukan lagu ciplak


MAS IDAYU.


PENYANYI dangdut, Mas Idayu menyangkal sesetengah dakwaan mengatakan lagu dangdut bukan muzik asal negara ini, justeru itu ia tidak layak diberi keutamaan di stesen radio.

Menurut Mas Idayu, dia agak terkilan kerana penyanyi sepertinya dianggap memperjuangkan irama yang diciplak daripada kebudayaan negara Indonesia.

``Kalau dangdut dikatakan muzik luar, apa kelebihannya irama jazz, rap, rock dan pelbagai lagi irama lain yang juga bukan berakar umbi daripada negara kita sendiri disiarkan di stesen-stesen radio?,'' katanya.

Mas Idayu seterusnya berkata, irama dangdut juga banyak membantu industri hiburan tempatan untuk terus berkembang.

``Ketika negara berada dalam ambang kegawatan sekitar tahun 1998, album dangdut tetap laris di pasaran dan ini membuktikan kami juga menjadi penyumbang dan pemangkin pertumbuhan ekonomi negara,'' jelas Mas Idayu.

Baru-baru ini, Mas Idayu bersama beberapa penyanyi dangdut lain seperti Iwan, Haiza, Sheeda, Shikin dan Ani Maiyuni telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Khalid Yunus bagi menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh mereka.

Pertemuan yang diatur oleh Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) itu dijadikan medan untuk menjelaskan kekecewaan dan keperitan yang dialami oleh mereka mengenai peluang siaran lagu-lagu dangdut di radio dan televisyen tempatan.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Senggol-Senggolan ini berkata, penghinaan oleh sesetengah pihak terhadap artis dangdut wajar dihentikan segera.

``Saya berharap agar tidak ada pilih kasih di dalam menilai jenis-jenis irama yang diperjuangkan oleh seseorang artis.

``Perkara ini tidak seharusnya timbul memandangkan semua orang berhak meraih rezeki mengikut kepakaran dan kebolehan mereka yang tersendiri,'' jelasnya.

Menjelaskan perkembangan album terbarunya, jelas Mas Idayu, dia terpaksa menghentikan proses rakaman buat seketika memandangkan kontraknya bersama syarikat rakaman Warner Music sudahpun berakhir baru-baru ini.

``Saya sedang menunggu tawaran baru untuk memulakannya kembali,'' jelasnya lagi.

Untuk tempoh terdekat, dia masih memikirkan tawaran yang datang daripada syarikat rakaman itu di samping turut menerima beberapa tawaran daripada syarikat lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.