saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/02/2001

Nurfatimah popularkan Selembut Sutera

Sejak lagu Selembut Sutera disiarkan di radio, ramai peminat tertanya-tanya tentang penyanyi lagu berkenaan. Ini kerana sebelum itu tidak ada publisiti yang meluas diberikan kepada penyanyinya, Nurfatimah.

Biarpun peminat tidak mengenalinya, Nurfatimah tidak berkecil hati kerana sebagai penyanyi baru dia akur dengan keadaan itu. Kini dia sudah boleh merasa bangga lagu dendangannya menjadi siulan ramai.

Album sulungnya yang juga berjudul Selembut Sutera terbitan Adnan Abu Hassan itu telah berada di pasaran sejak tiga bulan lalu.

Dia yang pernah menjadi juara Pertandingan Bintang Gala 2 anjuran RTM tahun 1999 itu memilih lagu berkonsep pop kreatif.

Menurut Nurfatimah, sebelum menjadi artis rakaman dia sering mendendangkan lagu-lagu berentak R&B dan tradisional setiap kali menyertai pertandingan.

``Sebenarnya saya jarang mendendangkan lagu berentak balada seperti lagu Selembut Sutera. Tapi atas tunjuk ajar penerbit saya mampu menjiwai lagu tersebut,'' katanya yang pernah belajar vokal sejak umur 10 tahun.

Pengalaman mengikuti kelas vokal membuatkan Nurfatimah lebih selasa mendendangkan lagu secara langsung setiap kali muncul di pentas.

Katanya, dia lebih berkeyakinan mendendangkan lagu secara langsung daripada beraksi seolah-olah menyanyi (miming).

Menurut Nurfatimah, sebagai artis baru dia perlu meyakinkan peminat akan kebolehannya.

Dia yang mula menyanyi di khalayak umum sejak usia lima tahun juga berbakat dalam bidang lakonan. Ini kerana di usia lapan tahun lagi dia adalah anggota Artis Muda Istana Budaya dan kini presiden persatuan itu.

Nurfatimah telah berpeluang menjayakan lebih 10 buah teater sejak mula melibatkan diri dalam lakonan. Kini setelah menjadikan bidang nyanyian karier utama, dia tidak lagi aktif sebagai pelakon teater.

Penyanyi yang berasal dari Perak ini menjelaskan, dia ingin menumpukan perhatian pada satu bidang sahaja buat masa ini.

``Masa di bangku sekolah lagi saya sudah dapat tawaran berlakon drama bersiri tapi tak boleh terima kerana tidak mahu pelajaran terganggu,'' katanya yang mendapat pangkat satu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Meskipun tumpuan utamanya sekarang nyanyian, Nurfatimah tetap tidak lupa cita-cita asalnya untuk melanjutkan pelajaran.

Katanya, dia akan menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta dalam bidang muzik atau perniagaan pada pertengahan tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.