saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 19/02/2001

BSN pertahankan gelaran


PEMAIN-pemain BSN meraikan kejayaan mempertahankan gelaran juara keseluruhan selepas menumpaskan TNB 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam. - Gambar ZAINI HUSIN.


Perlawanan akhir
BSN 2 TNB 1

Tempat ke3/4
Sapura 5 Maybank 1

BANK Simpanan Nasional (BSN) bangkit pada separuh masa kedua untuk mempertahankan gelaran juara keseluruhan Liga Hoki Malaysia selepas menumpaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam lapor A. Jailani Abdullah.

BSN, yang sudah kehilangan gelaran juara liga kepada TNB bermula agak perlahan tetapi dua pemain berpengalaman, Mirnawan Nawawi dan Dhanaraj Pillay mengubah keadaan pada babak kedua.

Sebaliknya TNB, yang bermodalkan semangat muncul juara liga, bermula dengan baik menerusi persefahaman mantap pada setiap bahagian untuk menguasai 15 minit pertama perlawanan.

Peluang mereka untuk merampas satu lagi gelaran daripada BSN nampak cerah apabila menjaringkan gol sulung perlawanan menerusi penalti strok Chua Boon Huat pada minit ke-14.

Namun, babak kedua memperlihatkan TNB kehilangan tumpuan dengan Dhanaraj dibiarkan bebas menguasai bahagian tengah padang.

Ketua pasukan kebangsaan dan BSN, Mirnawan memulakan tanda kemusnahan TNB apabila menyaksikan percubaannya dari hujung kawasan D menyapa tiang sebelah kanan gol pada minit ke-40.

Dhanaraj mengubat kekecewaan itu tiga minit kemudian apabila menguis masuk gol penyamaan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-43.

Gol semangat itu terus menyaksikan BSN menguasai bahagian tengah padang sepanjang separuh kedua dan akhirnya mendapat gol kemenangan pada minit ke-62 menerusi Mohd. Faizal Daud.

Dhanaraj sekali lagi menyumbangkan tenaganya apabila melarikan bola dari tengah sebelum menolak kepada Mirnawan yang kemudian melorongkan bola untuk disudahkan dengan baik oleh Mohd. Faizal.

``Pemain-pemain telah bermain seperti yang diarahkan,'' jurulatih BSN, C. Paramalingam mengulas kejayaan pasukannya.

Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh Sapura yang menewaskan Maybank 5-1.

Maybank yang merupakan naib juara keseluruhan tahun lepas, mendahului pada minit kedua.

Sapura memulakan kenduri gol menerusi pukulan penalti sudut S. Kuhan pada minit ke-41 dan seminit kemudian memperolehi gol kedua melalui K. Logan Raj.

Nishel Kumar menambah dua lagi gol pada minit ke-53 dan 68 sebelum Lam Mun Fatt menutup perlawanan dengan gol kelima Sapura pada minit ke-70.

Juara keseluruhan: BSN (RM40,000)

Naib juara: TNB (RM25,000)

Ketiga: Sapura (RM15,000)

Keempat: Maybank (RM7,500)

Juara Liga: TNB (RM20,000)

Naib juara: BSN (RM10,000)

Penjaring terbanyak: Mirnawan Nawawi (BSN)

Pemain baru terbaik: Tajol Roslie Mohamed (TNB)

Pemain terbaik kejohanan: S. Kumar (TNB)

Pemain terbaik perlawanan akhir: Mirnawan Nawawi (BSN)

Piala Fairplay: Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.