saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/02/2001

``Alhamdulillah, saya semakin pulih'' - Amir U.K's

LUAHAN RASA
SEBAIK berita dia ditimpa kemalangan dipaparkan di media cetak dan elektronik ramai orang bimbang mengenai keadaannya.

Kecederaan yang dialami oleh Amir U.K's menyebabkan peminat dan masyarakat terus mendoakan penyanyi itu pulih seperti biasa.

Alhamdulillah, doa semua pihak dimakbulkan Tuhan. Amir atau nama sebenarnya Mohd. Azmir Mohd. Yusof kini sudah semakin pulih.

Amir mengalami kecederaan setelah kereta yang dinaikinya terbabas di Kilometer 114, Lebuh Raya Utara- Selatan berhampiran Yong Peng, Johor pada 3 Februari lepas.

Ekoran itu, dia ditempatkan di Hospital Melaka selama dua hari sebelum dipindahkan ke Hospital Selayang, Selangor.

Ketika wartawan Pancaindera, SAHARUDIN MUSTHAFA mengunjungi penyanyi utama kumpulan U.K's itu di kediamannya di Taman Sri Gombak, Selasa lalu, dia menyambutnya dengan penuh mesra.

Lama kami berbual dan dia nyata sudah boleh bergerak tetapi masih terbatas gerak-gerinya.

Dalam pertemuan itu Amir ditemani Pegawai Perhubungan Awam BMG Music, Shahrom Mohd. Shariff yang sama-sama terbabit dalam kemalangan itu.

Kemalangan yang menimpanya pada 3 Februari itu, kata Amir, banyak memberi peringatan kepada-

nya. Ikuti luahan rasa Amir.

TIADA apa yang mampu saya ungkapkan melainkan rasa syukur saya kepada Allah s.w.t kera-

na terus memberi peluang kepada saya untuk meneruskan hidup.

Sukar untuk saya menggambarkan keadaan saya pada ketika itu kerana saya terlalu lemah.

Kesakitan yang saya alami berikut-

an kecederaan menyebabkan saya tidak dapat melalui hidup yang tenteram.

Semasa dirawat di Hospital Melaka, setiap saat dan ketika saya dihimpit oleh perasaan takut dan berdebar-debar lebih-lebih lagi memikirkan tentang kemalangan itu.

Semangat saya pada ketika itu hilang dalam sekelip mata. Tidur tidak pernah lena. Apa yang mampu saya ungkapkan ialah mengucap dan bermohon kepada Allah supaya dipanjangkan umur.

Paling penting saya fikirkan pada ketika itu, mampukah saya menghiburkan orang lagi pada masa depan kerana itulah kerja dan punca pencarian saya.

Sekali lagi saya bersyukur kerana Tuhan masih memberi peluang buat saya.

Berkat doa semua termasuk isteri, kaum keluarga, rakan-rakan dan peminat, alhamdulillah saya sudah semakin pulih.

Memang benar kemalangan ini menyebabkan saya terpaksa melupakan hasrat untuk mengadakan persembahan di 18 buah tempat di Indonesia.

Malah banyak juga tawaran mengadakan persembahan yang terpaksa saya tolak.

Namun saya tidak pernah menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Mungkin ini ujian daripada Allah s.w.t buat saya dan barangkali juga ada hikmah di sebalik kejadian ini.

Ekoran kemalangan itu saya terasa fobia untuk memandu kereta. Walaupun bukan saya yang memandu ketika kemalangan berlaku namun saya dapat merasakan kesannya.

Saya mengharapkan trauma ini akan dapat dikikis sedikit demi sedikit.

Kemalangan ini juga tidak pernah menyekat saya daripada meneruskan kerjaya saya dalam bidang seni. Selepas pulih daripada kecederaan ini saya akan meneruskannya.

Doktor memberi tempoh berehat sehingga tiga bulan supaya saya pulih sepenuhnya.

Pada kesempatan ini ingin saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Teoh, seorang doktor pakar dari Hospital Melaka yang membawa saya ke hospital sejurus selepas kejadian.

Begitu juga dengan teman-teman artis seperti Sharifah Aini, Hattan dan isteri, kumpulan Exists, kumpulan GT Boyz dan lain-lain yang telah menziarahi saya di hospital. Jangan risau, keadaan saya semakin pulih.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.