saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/02/2001

Gerak Khas The Movie - tampilkan lapan pelakon ternama

SELEPAS drama bersiri Senario yang difilemkan oleh pengarah Aziz M. Osman, kini tiba pula masanya untuk drama bersiri Gerak Khas menempuh cabarannya.

Gerak Khas The Movie (GKTM) seperti yang diperkatakan olah masyarakat umum merupakan sebuah filem yang diadaptasi melalui drama bersiri kepolisan terbitan Skop Production untuk siaran TV1 RTM.

GKTM diarah dan diterbitkan oleh pengarah jutawan Yusof Haslam.

Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai filem terbaru Yusof Haslam ini kerana resipi beliau sudah dapat dikesan oleh sebilangan besar penonton filem Melayu.

Namun apa yang penting dan yang harus diketahui oleh umum ialah Yusof berjaya mengkomersialkan bidang tugas pihak yang menjaga keselamatan dan keamanan negara.

GKTM menampilkan lapan nama besar dalam dunia hiburan tanah air. Menampilkan lapan personaliti ternama sudah cukup untuk menarik perhatian penonton kerana jarang sekali seorang penerbit mampu berbuat demikian.

Tetapi tidak bagi Yusof kerana dia sedar untuk menghasilkan sebuah filem seperti ini adalah penting memastikan adanya bintang-bintang besar yang boleh menarik penonton untuk berkunjung ke pawagam.

Abby Abadi dan AC Mizal masing-masing memegang watak yang sama sebagai Inspektor Aleeza dan Inspektor Mazlan seperti mana dalam drama bersiri televisyen Gerak Khas.

Kehadiran Erra Fazira pula memberi kekuatan kepada barisan pelakon tetap siri itu. Erra diberi tanggungjawab memegang watak Inspektor Shafikah.

Aktor Rosyam Nor dan Norman Hakim juga mempunyai watak masing-masing sebagai ketua sindiket kegiatan cetak rompak.

Rosyam memegang watak Castelo manakala Norman diberi peranan sebagai Rafayel.

Buat kali pertama juga personaliti popular televisyen Normala Samsuddin ditampilkan oleh Yusof sebagai pelakon dan dia memegang watak sebagai Azura, seorang wartawan penyiaran.

Anggota Senario, Lan Pet Pet memenuhi watak Salleh, seorang informer polis.

Secara keseluruhannya filem ini tidaklah mengecewakan kerana Yusof menjelaskan kepada khalayak mengenai tugas sebenar pihak berkuasa.

Selain itu, beliau turut mengambil kesempatan mengutarakan isu semasa yang kini menjadi keluhan pembikin filem dan penggiat muzik iaitu kegiatan pengedaran VCD haram.

GKTM mengisahkan bagaimana unit Gerak Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan untuk menghancurkan sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran vcd lucah dan pil ecstasy.

Inspektor Mazlan dan Inspektor Aleeza telah ditugaskan untuk mengawasi dan mengintip gerakan kumpulan haram ini.

Pada masa yang sama, kehadiran Inspektor Shafikah dalam unit tersebut membantu melicinkan tugas unit Gerak Khas.

AC Mizal, Abby Abadi dan Erra Fazira yang menangani watak tersebut berjaya mempamerkan sebuah lakonan yang baik dan tidak mengecewakan.

Ketiga-tiga mereka mempunyai kewibawaan untuk melakonkan watak sebagai pegawai polis.

Rosyam yang terkenal kerana memiliki karisma dalam filem-filemnya sebelum ini menampilkan sesuatu yang lebih agresif.

Rosyam merupakan pelakon yang boleh dianggap banyak belajar daripada pengalaman silamnya dan dalam setiap filem dia cuba menampilkan kelainan agar penonton tidak bosan dengan wataknya.

Namun Normala Samsuddin agak mengecewakan. Elok kalau Normala terus memberi tumpuan kepada bidang pengacaraan TV.

Normala bukan sahaja nampak kaku tetapi wataknya langsung tidak natural. Mungkinkah itu kehendak pengarah?

Para pelakon lain pada umumnya telah memberikan komitmen yang baik.

Jika anda mahukan kepuasan kerana selama ini hanya sekadar menonton lakonan Inspektor Aleeza dan Inspektor Mazlan di televisyen, ambillah kesempatan menonton GKTM di pawagam pula.

Mana tahu di pawagam nanti baru anda menikmati kepuasan menyaksikan aksi-aksi mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.