saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 04/03/2001

Monyet maskot Sukma

Monyet Probosis yang biasa ditemui di daerah Kinabatangan dipilih sebagai maskot Sukan Malaysia Kesembilan (Sukma IX 2002) yang akan diadakan di negeri Sabah, tahun depan.

Majlis pengumuman maskot berkenaan, yang dikenali sebagai ``Bayau'' (bahasa Bajau untuk ``rakan'') dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Hishammuddin Tun Hussein di Padang Merdeka di Kota Kinabalu, semalam.

Pada majlis berkenaan beliau turut melancarkan logo kejohanan sukan dwitahunan itu serta lagu tema, imej korporat dan laman web kejohanan.

Sukan berkenaan yang akan berlangsung dari 5-14 September 2002, mempertandingkan 27 acara termasuk 14 sukan wajib iaitu akuatik, memanah, badminton, boling, gimnastik, hoki, berbasikal, sepak takraw, golf, skuasy, olahraga, angkat berat, perahu layar optimis dan menembak.

Sukan lain ialah tinju, karate-do, taekwondo, silat olahraga, judo, bola sepak, ping pong, tenis, bola keranjang, boling padang, bola jaring, pedang dan wushu.

Judo dan pedang merupakan acara baru yang diperkenalkan di Sukma. Selain itu kejohanan itu juga buat pertama menyaksikan penyertaan pasukan luar negara, iaitu dari Northern Territory, Australia serta pengenalan syarat baru iaitu atlet kebangsaan hanya boleh menyertai maksimum dua acara.

Antara acara yang diadakan bagi memeriahkan majlis malam ini ialah persembahan kesenian oleh Lembaga Kebudayaan Sabah serta pertunjukan bunga api. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.