saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 08/03/2001

Sin Yik unjur perolehan RM80 juta

KUALA LUMPUR 7 Mac - Syarikat pemaju Sin Yik Development Sdn. Bhd. (Sin Yik) mengunjurkan perolehannya RM80 juta bagi tahun kewangannya berakhir 31 Mei 2001 berbanding RM50 juta tahun sebelumnya.

Pengarah Eksekutif Sin Yik, Zukarnine Shah Zainal Abidin berkata, perkembangan itu selaras dengan penerokaan baru syarikat itu di dalam bidang perhotelan.

``Kami meramalkan perolehan yang lebih baik sehingga RM100 juta pada masa yang akan datang berdasarkan prospek pasaran hartanah yang semakin baik di negara ini,'' katanya selepas majlis menandatangani perjanjian jual beli di antara Sin Yik dengan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd. melalui KPMG di sini, hari ini.

Sin Yik diwakili oleh Zukarnine Shah manakala KPMG diwakili oleh rakan kongsi, Ooi Woon Chee.

Sin Yik yang kini merancang pengembangan syarikatnya untuk meningkatkan portfolio hartanah syarikat selain projek perumahan telah memenangi bida terbesar bernilai RM19.1 juta bagi pembelian hotel yang terletak di tepi pantai melalui tender hartanah dan hotel Danaharta.

Menurutnya, syarikat itu juga menjangkakan hotel Paradise Tanjung Bungah, Pulau Pinang yang telah pun berusia tujuh tahun itu akan mula membuat keuntungan mulai tahun hadapan.

``Kami membuat pelaburan awal sebanyak kira-kira RM3 juta bagi tujuan membaik pulih hotel tiga bintang itu yang akan ditingkatkan tarafnya menjadi hotel empat bintang.

Keuntungan yang akan diperoleh juga, katanya, didorong oleh sektor pelancongan yang semakin menggalakkan berikutan sokongan padu kerajaan terhadapnya.

Sementara itu, Kamarul berkata, syarikat mensasarkan sebanyak 80 peratus pasaran pelancongan di negeri berkenaan datang daripada kalangan pelancong tempatan, rantau dan antarabangsa manakala bakinya daripada ahli perniagaan.

Mengulas lanjut mengenai prospek sektor pelancongan di pulau mutiara itu, Zukarnine Shah berkata, pelancongan merupakan penyumbang kedua selepas pembuatan dengan 3.75 juta pelancong pada tahun lalu.

Dari segi pengisian bilik, hotel-hotel tepi pantai di Pulau Pinang menunjukkan kadar yang memberangsangkan dengan sesetengahnya mencapai 80 peratus bagi suku ketiga tahun 2000.

Ditanya mengenai projek perumahan Bandar Perdana di Sungai Petani, Kedah yang keseluruhannya bernilai RM1.3 bilion itu akan diteruskan dengan pembinaan 332 unit rumah teres sebuah dan dua tingkat menjelang akhir tahun ini.

``Apabila siap sepenuhnya pada tahun 2014 projek yang berkeluasan 400 hektar itu (termasuk tanah simpanan yang akan habis dalam tempoh 10 tahun lagi) akan mempunyai 7,000 unit rumah bercampur,'' katanya.

Fasa kedua dilancarkan September lalu dari jenis rumah berkembar setingkat dan dua tingkat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.