saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/03/2001

Candy Cheah...kuat berusaha untuk berjaya


CANDY CHEAH.


Oleh: KHADIJAH IBRAHIM
Penyanyi baru Candy Cheah menganggap peluang berduet dengan Siti Nurhaliza menerusi lagu Xin Yuan membawa tuah kepadanya.

Candy yang sememangnya meminati Siti Nurhaliza sebelum bergelar penyanyi berkata, lagu itu dimuatkan dalam album pertamanya, Wa Zi .

Dia bukan sahaja dikenali di kalangan peminat Cina malah golongan Melayu. Ini mendorong jualan albumnya mencecah lebih 10,000 unit.

Bagi industri muzik lagu-lagu Cina tempatan, pencapaian yang dicatatkan oleh Candy sebagai penyanyi baru adalah suatu yang amat membanggakan.

Sambutan menggalakkan itu memberi keyakinan kepada Candy yang berusia 20 tahun ini untuk terus berkecimpung dalam bidang seni.

Kini Candy yang pernah menyertai lebih daripada 40 pertandingan nyanyian tampil dengan album kedua, Excellent yang telah berada dipasaran sejak akhir tahun lalu.

``Untuk album kedua saya bertukar kepada irama tarian berbanding dengan irama pop rock dan R & B yang dimuatkan dalam album pertama dulu. Perubahan dibuat mengikut selera masa kini,'' katanya yang mendendangkan lagu dalam bahasa Mandarin itu.

Candy yang banyak memenangi anugerah di dalam dan luar negara mengakui tanpa berduet dengan Siti pun album keduanya mendapat sambutan.

Dia memberitahu, sokongan peminat untuk album pertama sedikit sebanyak membantu album kedua. Bagaimanapun dia tidak mahu dianggap berjaya kerana menumpang populariti orang lain.

``Sebagai orang baru saya perlu berusaha dan bekerja keras untuk membina nama. Saya akui jika orang baru bergandingan dengan penyanyi popular, ia akan memberi kesan positif,'' ujar Candy.

Bagaimanapun dia tidak mahu bergantung kepada orang lain sebaliknya ingin mencipta nama dengan usaha sendiri.

Biarpun begitu Candy berharap suatu hari nanti dia berpeluang bergandingan dengan Siti Nurhaliza untuk kali kedua dalam album yang akan datang.

Sebagai peminat Siti Nurhaliza , Candy sering mendendangkan lagu-lagu penyanyi tersebut dalam setiap persembahan majlis makan malam.

Kata Candy, setakat ini dia sering mendendangkan lagu Aku Cinta Padamu (dua versi), Cindai dan beberapa lagu lain.

Candy yang berbakat besar itu juga belajar menyanyikan lagu Hindi. Dia yang banyak mendendangkan lagu-lagu iklan seperti Coca Cola, KFC dan Nippon belum merancang untuk melangkah ke peringkat antarabangsa.

Ini kerana dia ingin mengukuhkan kedudukannya di tanah air terlebih dahulu sebelum melangkah ke Taiwan.

``Pasaran di Taiwan amat meluas. Saya perlu membuat persediaan yang rapi sebelum melangkah ke sana. Tidak guna saya ke sana kalau tiada sambutan,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.