saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/03/2001

Filem Sara dihasilkan dalam diam-diam

TANPA sebarang sidang media mengumumkan penerbitan filem terbaru mereka, syarikat penerbit filem Tayangan Unggul Sdn. Bhd., anak syarikat MEASAT Broadcast Systems Sdn. Bhd. baru-baru ini telah melancarkan filem Sara.

Majlis pelancaran itu bukan sahaja mengejutkan pihak media tetapi yang pasti masyarakat penggemar filem Melayu juga tersentak seketika.

Berbanding dengan kebanyakan filem terbitan syarikat lain, Sara dihasilkan dalam diam-diam.

Malah difahamkan setiap pelakon filem itu juga tidak dibenar menghebahkan kepada para wartawan mengenai filem tersebut.

Langkah ini barangkali dianggap oleh penerbit sebagai satu strategi untuk filem mereka.

Apapun, kita tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan tindakan mereka.

Sara berkisar tentang pertembungan dua budaya antara masyarakat kota yang materialistik dengan masyarakat kampung yang beradat.

Kejutan lain bagi filem Sara juga ialah ia ditangani oleh seorang pengarah muda, Along Kamaruddin.

Dalam dunia pengarahan nama Along mungkin agak asing tetapi tidak dalam dunia lakonan kerana anak muda ini sebenarnya sudah melibatkan diri dalam bidang tersebut selama 16 tahun.

``Saya masih baru dalam dunia pengarahan filem walaupun berpengalaman mengarah drama dan membantu pengarah dalam empat buah filem sebelum ini,'' ujar Along merendah diri.

Yang pasti, dia sendiri terkejut dengan kepercayaan yang diberikan oleh panel penilai penerbitan filem ini yang meletakkan tanggungjawab mengarah pada bahunya.

Along juga ketika ini pastinya tidak dapat menyembunyikan debarannya kerana Sara bakal menentukan sejauh mana kerjayanya sebagai pengarah dapat dikembangkan.

Seperti juga filem Melayu yang lain, Sara tidak dapat lari daripada menekankan tema percintaan selain mendedahkan pertembungan dua budaya dalam masyarakat Malaysia.

Filem yang menelan belanja RM1 juta ini dibintangi oleh Ida Nerina, Shamsul Ghau Ghau, Siti Shahrizah atau Eja, Loloq, Zahid, Zahim Al-Bakri, Soo San Ho dan Hisham Ahmad Tajuddin.

Filem ini akan ditayangkan pada bulan Mei ini. Nantikan sahaja kemunculan Sara di pawagam yang berdekatan dengan anda.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.