saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/03/2001

Rabbani ajak peminat bincang album Intifada

Kumpulan nasyid Rabbani mempertahankan konsep muzik yang mereka bawa dalam album terbaru berjudul Intifada.

Bahkan kumpulan itu menjelaskan ia hanya satu anjakan konsep muzik nasyid yang lebih bertenaga.

Ketua kumpulan dan juga penyanyi utamanya, Asri Ibrahim, berkata, Intifada bagi Rabbani bersesuaian dengan kebangkitan dan perubahan corak muzik yang lebih segar dan terkehadapan.

Katanya, ia bertepatan dengan judul album itu sendiri yang lebih menjurus kepada kehendak suasana semasa.

Menurut Asri, walaupun banyak kritikan dilemparkan terhadap album itu yang dikatakan terlalu drastik ke arah pop komersial, Rabbani tetap dengan pendirian mereka untuk membawa satu kelainan ke arah muzik nasyid yang lebih global.

Tambahnya, mereka bukan sebarangan melakukan perubahan terhadap muzik yang sering dibawa, tetapi ia lebih menjurus kepada muzik nasyid berkonsepkan pop kontemporari.

Album Intifada telah diterbitkan oleh kumpulan KRU, LY, Pak Ngah, Azmeer dan Bong.

Lebih teruk lagi, ada pihak tertentu mengklasifikasikan album Intifada sebagai album rojak kerana melakukan perubahan terhadap konsep muzik mereka.

Jelasnya lagi, album itu sebenarnya tidak menjadi kontroversi buat beberapa ketika di pasaran.

Bagaimanapun, dakwa Asri, apabila lagu Intifada dan Mencari Pasangan mendapat sambutan hangat dan sering diputarkan di stesen-stesen radio, ada pihak yang berasa kurang senang dan menuduh kumpulannya telah mencampuradukan konsep muzik mereka.

Kumpulan Rabbani yang sudah merakamkan enam album termasuk album kompilasi sebelum ini pernah menggunakan khidmat komposer lagu-lagu komersial.

Menurut Asri lagi, untuk menepis segala tuduhan dan memperjelaskan masalah yang berbangkit mengenai album itu, kumpulannya akan mengundang sebanyak 30 peminat untuk turut serta pada pelancaran album itu nanti.

Pihak syarikat rakaman EMI juga akan turut menganjurkan Forum Dunia Muzik...Rabbani pada majlis pelancaran album itu yang akan diadakan di Hotel Singahsana Petaling Jaya, Selangor, pada 29 Mac ini mulai 3 petang.

Ia diadakan sempena dengan menyambut Maal Hijrah.

Para peminat yang ingin menyertai majlis itu boleh menghubungi syarikat rakaman EMI di talian 89455033 (Ana) pada 15 Mac ini pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.