saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/03/2001

S.M. Salim -- Pengiktirafan Dewan Filharmonik


S.M. SALIM.


Persembahan penyanyi Datuk S.M. Salim di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 31 Mac dan 1 April ini, dianggap satu pengiktirafan kepada artis veteran tanah air untuk `merasai' kehebatan dewan berprestij itu.

S..M. Salim akan diberi penghormatan oleh Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang akan mengiringi persembahannya nanti. Orkestra itu dipimpin oleh Ramli M.S.

Turut bersama S.M. Salim ialah penyanyi popular Siti Nurhaliza yang akan berduet dengannya selain menyampaikan dua lagu penyanyi veteran itu sendiri.

Sebelum ini, penyanyi jaz tempatan, Sheila Majid merupakan artis pertama mengadakan persembahannya di dewan itu, pada tahun lalu.

Ia sekali gus menolak tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa DFP yang memulakan operasinya pada tahun 1998 itu lebih memberi ruang kepada artis luar untuk mengadakan persembahan di situ.

Jika selama ini dewan itu sentiasa menerima artis luar, bukanlah ia bermakna pihak DFP menidakkan kemampuan artis tempatan mengadakan persembahan.

Seperti kata Ketua Pegawai Eksekutif DFP/MPO, Abdul Hamid Abu Bakar, sebenarnya DFP tidak pernah dihubungi oleh mana-mana penganjur ataupun syarikat rakaman kecuali Warner Music untuk menggunakan dewan ini bagi tujuan persembahan artis mereka.

Menurut beliau, pihak DFP juga jauh sekali mengamalkan dasar pilih kasih dalam mengketengahkan penyanyi tempatan.

``Sejajar dengan matlamat DFP yang ingin mengangkat lagu-lagu klasik, kemunculan S.M. Salim sebagai pencetus kepada penyanyi tempatan lain,'' katanya pada sidang media mengenai persembahan Datuk S.M Salim di ibukota, baru-baru ini.

S.M. Salim pula melahirkan rasa terharu kerana berpeluang mengadakan persembahan di dewan itu.

Penyanyi itu yang akhir-akhir ini kelihatan uzur memberitahu, walau terpaksa berkerusi roda, dia tetap akan menyanyi di dewan yang diidam-idamkan olehnya selama ini.

S.M. Salim yang telah mengabdikan diri lebih daripada 49 tahun dalam bidang seni suara tidak dapat menahan sebaknya kerana diberi peluang menyanyi di tempat yang bertaraf dunia itu.

Ujar S.M. Salim, dia tidak pernah berkecil hati kerana terpaksa menunggu begitu lama untuk diberi peluang mengadakan persembahan di tempat yang menjadi lambang kebanggaan rakyat negara ini.

``Air mata saya menitis bila diberitahu saya akan menyanyi di Dewan Filharmonik dengan iringan orkestra yang dipimpin oleh Ramli M.S,'' jelas penyanyi yang berusia 72 tahun itu.

S.M. Salim sememangnya tidak asing di arena muzik tempatan terutamanya dalam mempopularkan lagu-lagu berentak Melayu asli.

Penyanyi itu juga berasa gembira apabila dapat berduet dengan artis generasi muda yang popular masa kini seperti Siti Nurhaliza.

Pada konsert yang bakal bermula pada pukul 8.30 malam itu, S.M. Salim akan mendendangkan 15 buah lagu sambil diiringi oleh 60 pemuzik, 20 daripada mereka adalah pemuzik luar negara.

Ramli M.S. pula mengaku lagu Melayu asli iringan orkestra adalah satu cabaran.

Jelas Ramli, pemuzik turut akan menggunakan segala alat muzik lama sepanjang persembahan.

Mengenai pemilihan Siti berduet dengan S.M. Salim pula, Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Rudy Ramawy berkata, pemilihan penyanyi itu kerana popularitinya pada masa ini.

``Kami ingin memartabatkan irama Melayu asli ke peringkat antarabangsa dan bersesuaian dengan kedudukan penyanyi veteran itu dan Siti, kami harap hasrat itu akan terlaksana,'' jelasnya.

Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan S.M. Salim berharga RM100 dan RM60.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.