saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 15/03/2001

Pusat sembelih ayam diarah tutup serta-merta

SHAH ALAM 14 Mac - Kerajaan Selangor hari ini mengarahkan pusat penyembelihan ayam Sentosia Trading di Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya dekat sini ditutup serta-merta bagi tujuan siasatan lanjut.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, arahan itu dibuat ekoran masalah kebersihan dan operasi penyembelihan ayam yang meragukan di premis berkenaan.

``Penutupan premis penyembelihan itu bertujuan memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut,'' katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, lewat petang ini.

Utusan dalam laporan muka depan semalam mendedahkan bahawa operasi penyembelihan ayam di pusat penyembelihan tersebut dilakukan secara melemaskan haiwan itu di dalam takungan air yang mempunyai arus elektrik sebelum menyembelihnya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Ahmad Dahlan `membongkar' kegiatan itu dalam satu operasi mengejut Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) di premis terbabit, baru-baru ini.

Selain itu, dalam operasi yang sama, MPPJ mendapati pusat penyembelihan berkenaan mengabaikan aspek kebersihan ke-rana membiarkan longgokan ayam di dalam longkang sebelum memprosesnya.

Sebelum ini, pusat penyembelihan ayam Sentosia Trading dikenali sebagai Lee Trading dan merupakan salah satu daripada lima pusat penyembelihan ayam di Kampung Sungai Kayu Ara.

Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan akhbar petang ini memberitahu, siasatan awal mendapati prosedur sijil sembelihan di premis berkenaan mendapat kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH).

JAIS yang melakukan operasi mengejut di premis berkenaan semalam, mendapati operasi penyembelihan ayam melalui proses pelalian air yang mengandungi arus elektrik pada kadar 0.2 hingga 0.5 miliempres sahaja atau 40 volt seperti yang ditetapkan JPH.

``Hasil pemeriksaan mendapati proses pelalian air tersebut hanya mengambil masa lima hingga enam saat sahaja,'' ujar kenyataan akhbar itu lagi.

Selain itu, menurut kenyataan itu, JAIS mendapati ayam tersebut masih hidup selepas melalui proses berkenaan.

Menurutnya, selain ayam, proses pelalian air turut dilakukan di negara ini bagi memudahkan proses penyembelihan dan menjaga kualiti daging termasuk bagi lembu dan kambing.

Sementara itu, Ahmad Mokhtar memberitahu, kerajaan negeri telah mengarahkan MPPJ mengeluarkan notis menutup pusat penyembelihan ayam terbabit, sebelum diarah berpindah ke kawasan lain.

Ini kerana, katanya, tapak yang diduduki sekarang adalah tanah pertanian dan belum ditukar kepada tanah industri.

Beliau yang ditemui ketika melawat penduduk di sekitar rumah panjang KTM, Jalan Klang Lama hari ini, bagaimanapun menjelaskan, kerajaan negeri akan membenarkan kilang itu beroperasi sementara sekiranya mereka memastikan kebersihan kawasan dipelihara.

``Kita beri peluang mereka buka setahun tetapi mereka mesti jaga kebersihan. Selepas tempoh itu mereka mesti pindah kerana ia bukan zon industri,'' katanya.

Oleh: LAUPA JUNUS

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:01
Zohor 1:22
Asar 4:26
Maghrib 7:26
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.