saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/03/2001

Lagu Sweet Charity dalam bentuk baru

MINAT mendalam terhadap muzik oleh kumpulan Sweet Charity yang popular pada awal 80-an telah mendorong beberapa kumpulan muzik underground menghasilkan album khas untuk kumpulan tersebut.

Album yang berjudul The Underground Tribute To Sweet Charity dijayakan oleh 11 kumpulan muzik underground paling popular di tanah air ketika ini.

Antara kumpulan yang terbabit dalam projek ini ialah Gerhana Skacinta, Koffin Kanser, Blind Tribe, Cashmere, Necrotic Chaos, A.C.A.B, Butterfingers, Another Side, Flop Poppy, Sil Khanaz dan Republic of Brickfields (ROB).

Bagi kumpulan underground yang membesar dengan lagu-lagu dendangan Sweet Charity, mereka menganggap sudah sampai waktunya untuk mereka menghasilkan album khas untuk kumpulan rock tersebut.

Menerusi album yang disiapkan dalam tempoh dua bulan di Craze Studio, peminat-peminat Sweet Charity dapat mendengar lagu-lagu kumpulan tersebut didendangkan dalam pelbagai muzik underground.

``Sudah sampai masanya untuk pemuzik masa kini memartabatkan muzik rock yang dibawa oleh Sweet Charity. Selain memberi penghormatan pada kumpulan tersebut, projek ini juga secara tidak langsung telah berjaya mengumpul banyak kumpulan underground,'' kata Os salah seorang penerbit album.

Album kompilasi yang memuatkan 12 buah lagu Sweet Charity yang telah diberi nafas baru dalam bentuk muzik ska, reggae, metal indie dan hardcore itu secara tidak langsung menampakkan kreativiti pemuzik tanah air.

Malahan Ramli Sarip, penyanyi Sweet Charity sendiri melahirkan rasa kagumnya dengan usaha yang dijayakan oleh 11 kumpulan tersebut.

Menurut Ramli, penghasilan album itu menandakan detik permulaan kepada kumpulan underground untuk terus mengatur langkah.

``Saya sendiri kurang percaya apabila mendengar lagu-lagu yang mereka dendangkan. Mereka begitu kreatif dan kehadiran album ini membolehkan peminat Sweet Charity menikmati lagu-lagu kami dalam bentuk muzik yang baru,'' katanya terus terang.

Kelahiran album ini juga menunjukkan kesungguhan beberapa kumpulan underground mendendangkan lagu dalam bahasa Melayu.

Sebelum ini kumpulan underground lebih senang mendendangkan lagu-lagu Inggeris pada setiap kali mengadakan persembahan. Contohnya, buat pertama kali jugalah penyanyi kumpulan Butterfingers mendendangkan lagu Melayu iaitu Tahun 2001.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album yang sedang berada di pasaran itu ialah Jangan Lama-Lama (Gerhana Skacinta), Perjalanan (Koffin Kanser), Berita Gempa (Blind Tribe), Dunia Perlumbaan (ROB dan Ramli Sarip), Teratai (Flop Poppy), Penunggu (Necrotic Chaos), Datang Dan Pergi (Cashmere) dan Hanya Rock N' Roll (Ramli Sarip dan The Charity Workers).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.