saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/03/2001

Zuar tinggalkan XPDC

Setelah Mail, Amy dan kini Zuar pula mengambil keputusan untuk keluar daripada XPDC yang terkenal sebagai kumpulan heavy metal yang paling berpengaruh.

Zuar pemain bass XPDC secara rasmi telah memohon kepada syarikat rakaman Life Record agar kontrak rakaman albumnya bersama syarikat tersebut ditamatkan segera.

Setelah kedua-dua pihak berbincang, syarikat bersetuju melepaskan Zuar lebih awal dari kontrak asal.

Pengunduran Zuar tidak mematahkan semangat XPDC yang terdiri daripada Ali, Izo dan Lola. Malah mereka masih lagi berminat untuk bernaung di bawah syarikat tersebut.

Menurut kenyataan syarikat rakaman tersebut, punca penarikan diri Zuar dari kumpulan itu tercetus apabila Zuar dikatakan kecewa dengan penolakan syarikat terhadap album induk kumpulan Kapiro yang dibuatnya.

Ekoran itu Zuar mohon kontraknya ditamatkan lebih awal. Kapiro adalah kumpulan muzik baru yang turut dianggotai oleh Zuar sebagai penyanyi.

Demi kepentingan XPDC yang masih dianggotai oleh Zuar sendiri, syarikat rakaman terpaksa menolak permohonan tersebut.

Walaupun tidak lagi bersama Life Record dan XPDC, Zuar masih berhak menerima pungutan royalti album-album kumpulan tersebut. Bagi anggota XPDC yang lain, pengunduran Zuar dianggap sebagai satu perkara biasa yang dialami oleh setiap kumpulan muzik.

XPDC yang mempunyai formula sendiri dalam menangani setiap kemelut yang dialami dan menganggap populariti kumpulan bukan kerana seseorang individu.

Sehubungan itu, syarikat rakaman bersama anggota XPDC yang lain akan mengadakan uji bakat mencari pengganti Zuar.

Permohonan terbuka kepada mereka yang berminat dan pemohon perlu menghantar album induk bersama foto untuk dinilai.

Kumpulan XPDC yang kini sibuk dengan rakaman album baru akan mengurangkan pertunjukan pentas buat sementara waktu.

Kemungkinan juga mereka akan menggunakan khidmat pemuzik undangan sebelum berjaya menemui pengganti Zuar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.