saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/03/2001

Kumpulan Butterfingers kian matang

Kumpulan alternatif Butterfingers mempunyai sebab mengapa mereka lebih serius dalam penghasilan album keempat.

Album yang agak pelik judulnya, Malayneum itu sudah berada di pasaran sejak awal bulan ini.

Istimewanya album ini menonjolkan persembahan muzik mereka yang lebih matang dan bertenaga, berbanding dengan tiga album terdahulu kumpulan itu.

Kata pemain gitar Butterfingers, Loque, kesemua lagu-lagu yang mereka persembahkan termasuk ketika proses rakaman diberi pendekatan yang lebih terang dan kemas.

``Keseluruhannya Malayneum ini adalah sebuah album yang agak matang dan jauh tahapnya berbanding tiga album kami terdahulu,'' katanya.

Sebelum ini, Butterfingers tampil dengan album 1.2 Milligram, Butter Worth Pushful dan Transcendence.

Butterfingers banyak dipengaruhi muzik grunge Amerika.

Album Malayneum ini pula mengandungi 10 buah lagu baru dan lama yang dicipta dan belum pernah dirakamkan.

Loque berkata, untuk album itu kali ini, ia lebih menampilkan lagu-lagu yang mudah difahami, ringkas dan tidak `berselindung'.

Tambahnya, penyanyi utama yang juga penulis lirik Butterfingers, Emmet lebih menumpukan susunan ayat yang lebih tepat dalam setiap lirik lagunya supaya dapat mengekspresikan perasaan dengan berkesan.

``Untuk album ini, kami akan mengetengahkan pengalaman serta pemikiran kami terhadap kehidupan seharian yang dilalui oleh setiap manusia,'' ujarnya.

Katanya lagi, ia juga termasuk kehidupan remaja yang berhadapan dengan pelbagai cabaran.

``Album ini juga berkaitan dengan diri kami sendiri sebagai orang baru mengecapi kematangan,'' jelas Loque.

Anggota sambilan kumpulan ini, Azmir Karin pula memainkan peranan yang lebih besar dalam pembikinan album Malayneum.

Loque memberitahu, selain menjadi pereka letak kepada kulit album mereka, Amir juga menggunakan pengalaman di bidang digital audio untuk menghasilkan idea-idea terbaru lagu kumpulan itu.

Bagaimanapun, menurut Loque lagi, walaupun banyak perubahan dari segi elemen dan pengaruh muziknya, Butterfingers masih mengekalkan ciri-ciri keaslian muzik yang mereka persembahkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.