saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 23/03/2001

Halim Saad letak jawatan pengarah urusan

KUALA LUMPUR 22 Mac - Tan Sri Halim Saad hari ini telah meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan TIME dotCom Bhd. (TIME dotCom) bagi membolehkan pelantikan seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang dijangka dilakukan pada pertengahan April depan.

Halim, bagaimanapun akan terus menjawat jawatan pengarah bukan eksekutif dalam syarikat itu, kata TIME dotCom dalam kenyataan kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) di sini hari ini.

``Tan Sri Halim Saad dianggap mempunyai kepentingan dalam TIME dotCom Bhd. menerusi pemilikan saham dalam Renong Bhd. yang merupakan pemegang saham dalam TIME Engineering Bhd. (TIME Engineering),'' kata kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Sebanyak 45 peratus kepentingan TIME dotCom dimiliki oleh TIME Engineering.

Sebelum ini, laporan akhbar berbahasa Inggeris menyebut Halim yang kini Naib Pengerusi Eksekutif United Engineering (M) Bhd. (UEM) dijangka akan memegang jawatan baru dalam syarikat tersebut.

Penganalisis berpendapat Ketua Pegawai Eksekutif TIME dotCom yang baru akan membantu syarikat menghadapi persaingan sengit dalam industri telekomunikasi.

``Orang akan melihat kepada seseorang yang mempunyai kepakaran teknikal yang tahu mengenai perniagaan ini (telekomunikasi),'' kata seorang penganalisis.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.